Misi Pengetua
MISI PENGETUA
  1. Semua pelajar lulus dalam peperiksaan masing-masing. Ianya tidak mudah, tidak pula mustahil.
  2. Semua pelajar ada cita-cita dalam hidup. Cita-cita yang spesifik dan realistik akan menjadi "road map” kepada pelajar.
  3. SMK Serian mendapat anugerah dalam pelbagai pertandingan dan piala serta pingat dalam berbagai-bagai kejohanan.
  4. SMK Serian sekolah terceria, tercantik, persekitaran terbersih, gurunya kuat bekerja, dan pelajarnya berdisiplin sehingga sekolah ini menjadi sekolah pilihan. SMK Serian juga adalah satu lagi produk Serian yang dapat dibanggakan.
     
     
Pencapaian Misi
  1. Pelajar SMK Serian haruslah aktif, memberi sumbangan dan berani mencuba. Program sekolah harus dilakukan oleh pelajar untuk pelajar dan melibatkan pelajar.
  2. Pelajar haruslah mempunyai banyak idea dan kreatif. Badan dan persatuan pelajar menjadi amat penting dalam mencanaikan idea, merealisasikan idea dan akhirnya menilai perlaksanaannya. Selagi ianya boleh difikirkan, ianya boleh dilakukan.
  3. Pelajar mestilah memberi respon yang positif kepada rancangan dan misi tadi. Kejayaan bergantung kepada permuafakatan antara pelajar, guru dan ibu bapa. Kejayaan ini nanti juga adalah kejayaan bersama dan lebih “manis” rasanya.

 

Kelebihan Kita

  1. Kita mempunyai bilangan yang ramai. Jika setiap pelajar menyumbang satu idea setiap seorang, kita mempunyai 2,890 idea.
  2. Sekolah mempunyai ramai pelajar yang boleh menjadi pemimpin.
  3. Sekolah mempunyai guru yang komited. Komitmen ini sentiasa membara selagi pelajar memberi respon yang positif.
  4. Masyarakat luar yang prihatin. Ini termasuk PIBG, Ahli politik, Jabatan Kerajaan, NGO dan sebagainya.
  5. Kedudukkan sekolah yang strategik sama ada dari segi lokasinya mahupun laluan pelawat. Setiap pelawat yang datang adalah peluang untuk mendapat idea yang baru.
     
Kesimpulan
  1. Apa yang merupakan kelebihan harus dimanfaatkan sepenuhnya.
  2. Setiap pelajar ada potensi yang tidak harus dipersiakan.
  3. Banyak yang boleh kita buat. Pelajar boleh melakukannya semasa berada di sekolah.
  4. Kalaulah hendak diwujudkan satu lagi produk Serian, ianya haruslah pelajar SMK Serian.
- Petikan dari Majalah Sekolah 2007