

Dewan serbaguna ini dinamakan sempena nama sungai Sadong (bahagian hulu)
yang merupakan sungai utama di daerah Serian. Dewan ini mula dibina pada
awal tahun 90-an dalam projek bangunan tambahan SMK Serian. Ia mula
digunakan sempena UlangTahun ke-30 SMK Serian pada akhir tahun 1993 untuk
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah tahunan sekolah. Dewan ini boleh memuat
kira-kira 400 orang pada satu masa. Di dalamnya terdapat sebuah gelanggang
badminton. Dalam bahagian hadapan dewan ini dibina sebuah pentas.



Kegunaannya
-
Sesuai dengan namanya, dewan serbaguna, pelbagai aktiviti boleh
dijalankan di dewan ini.
-
Perhimpunan untuk kelas-kelas tertentu.
-
Majlis-majlis rasmi sekolah seperti Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan,
Majlis Konvokesyen Tingkatan 6 Atas, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG,
Ceramah-ceramah Motivasi dan Mesyuarat Staf.
-
Permainan Badminton, latihan Soo Bahk Do, Ping Pong juga diadakan di
dewan ini.
-
Kegiatan kebudayaan.
-
Digunakan untuk penutupan rasmi Majlis Tilawah Al-Quran, sambutan Hari
Guru dan sebagainya.
-
Pameran-pameran oleh agensi-agensi luar seperti Bomba, IPTA/IPTS dll.
-
Kegunaan-kegunaan lain yang sesuai.
Sesiapa yang ingin menggunakan dewan ini perlu membuat
tempahan terlebih dahulu dengan menulis pada buku tempahan yang diletak di
Pejabat Am sekolah. Dalam buku tersebut pemohon hendaklah mencatat tarikh dewan
ini akan digunakan, tujuan dan siapa yang terlibat.

Pertandingan Nasyid Diadakan Di Dewan Sri Sadong

Sambutan Maal Hijrah Bertempat Di Dewan Sri Sadong

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

Orientasi Pelajar Asrama

Pameran Buku
Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dijalankandi
Dewan Sri Sadong.






