

Lokasi Sebelah Dewan Makan
Sejarah
-
Bilik itu dahulunya dikenali dengan nama Bilik Ping Pong, kerana bilik
itu di buat untuk kelab Ping Pong menjalankan aktiviti.
-
Bilik itu juga pernah dijadikan bilik Pameran Komputer yang dikendalikan
oleh dua buah syarikat Komputer dari Kuching semasa sambutan Hari
Keluarga PIBG tahun 2000.
-
Selepas itu, bilik itu dijadikan sebagai stor menyimpan perabot baru
sekolah, peralatan PPSMI dan lebihan buku teks.
-
Pada tahun 2004, bilik itu diubahsuai, dikemas dan mula dikenali dengan
nama Bilik Menunggu. Ini kerana bilik itu digunakan sebagai bilik
menunggu oleh VIP sebelum acara rasmi sekolah bermula. VIP akan berehat
di bilik tersebut dan dijamu di situ sebelum mereka beredar ke Dewan Sri
Sadong untuk menghadiri acara-acara rasmi sekolah seperti majlis
Penyampaian Sijil dan Hadiah Tahunan, Mesyuarat Agung PIBG, Majlis
Konvokesyen Tingkatan 6 dan sebagainya. Oleh kerana fungsinya sebagai
bilik menunggu oleh VIP, ia telah dipasang alat pendingin hawa pada
tahun 2006 untuk memberi keselesaan kepada VIP. Fungsinya pun semakin
bertambah. Kursus, ceramah, mesyuarat dan sebagainya diadakan di bilik
tersebut.
Kini
-
Ia dikenali sebagai Pusat Akses dan mula beoperasi pada bulan September
2007.
-
Bilik itu sekarang menempatkan 10 unit komputer dengan talian internet.
-
Guru-guru dan para pelajar boleh menggunakan bilik itu untuk melayari
internet, menaip nota dan sebagainya.
-
Pelajar sesi pagi boleh menggunakannya pada sebelah petang, manakala
pelajar sesi petang boleh menggunakannya pada sebelah pagi.
-
Guru dan pelajar hendaklah menulis nama dan masa penggunaan komputer
pada buku log yang diletak di setiap komputer.
Kegunaan lain
-
Bilik akses ini boleh juga digunakan untuk mesyuarat, latihan koir,
ceramah dan sebagainya.
-
Jika ada pihak ingin menggunakan bilik ini, mereka harus menempahnya
terlebih dahulu.
-
Buku tempahan bilik ini diletak di kaunter Pejabat Am sekolah.
-
Tempahan harus dibuat lebih awal (sekurang-kurangnya 1 minggu) untuk
mengelakkan pertindihan.
Melayari Internet


Majlis Syarahan Agama Sempena majlis Tadarus Al-Quran

Mesyuarat


Lawatan rasmi YB Datuk Richard Riot

Kolokium Pendidikan 2008

Pertandingan Syarahan sempena Bulan Bahasa
