Destinasimu

Up Tingkatan 6 Rendah Sastera Tingkatan 6AS Karya Bahasa Melayu Tingkatan 6 Rendah Sastera Tingkatan 6 Atas Sastera Karya Bahasa Iban Karya Bahasa Bidayuh Student's MasterpieceKarya Bahasa Melayu

Destinasimu

Engkaukah itu

Yang hanyut dalam duniamu

Hanyut dalam mimpi

Yang tidak berkesudahan

dan tiada penghujung



Tidakkah engkau berfikir untuk bangun

Melihat dunia realiti

Yang nyata bukan fantasi



Di persimpangan dilema itu

Ke mana harus kau tuju

Keputusan di tanganmu



Haruskah engkau

Berjuang dalam pertempuran

atau

mengalah kerana kegagalan



Kerana kegagalan itu

Bisa mengajar erti kesungguhan

Kerana kegagalan itu

Bisa mengajar engkau untuk bangkit semula

Dan kerana kegagalan itu

Adalah landasan kepada setiap kemenangan



Mengapa kau perlu hanyut

Terkapai-kapai di lautan

Sedangkan kau tahu berenang



Tidakkah kau mahu

Dunia tersenyum padamu

Atau kau mahu

Engkau tertunduk malu

Kerana hidupmu yang tidak menentu



Fikirlah dahulu

Kerana kau sendiri tahu

Ke mana destinasimu



- PB Lynn (5S3)



 

Di Sudut Itu

Di sudut itu aku melihat

Seorang wanita tua dengan garis-garis

Kedutan di wajah

Berjuang demi sebuah kehidupan

Di sebalik wajah dan lirikan senyumannya

Tersimpan seribu rahsia

Mengungkap seribu makna



Di sudut itu aku mendengar

Tangisan anak kecil

Menahan kelaparan

Yang tak kenal erti kehidupan

Susah ataupun senang



Di sana aku memerhati

Anak-anak kecil bermain riang

Terukir senyuman girang

Walaupun hidup serba kekurangan



Di sini aku mengerti

Wanita tua itu

Melirik senyum tanda kesyukuran

Kerana hidupnya dilimpahi kasih sayang

Walaupun terasa payah menyorak kehidupan



Di sini juga aku mengerti

Anak-anak kecil itu

Bermain riang dalam kegembiraan

Kerana mereka hargai tiap insan



Di sini aku mula pelajari

Sayang-menyayangi dan hormat-menghormati

Segalanya tercetus di hati

Yang ikhlas dan murni



- PB Lynn (5S3)



 

Warkah Semalam dan Hari Ini


Sejarah semalam

Menyaksikan limpahan darah pahlawan

Jasad terkubur aman di persemadian

Pengorbananmu

Subur dalam lipatan kenangan

Namamu gah sepanjang zaman



Hari ini

Kakiku kaku

Tatkala melihat kubu Negara

Sayu hati menggamit kalbu

Demi mempertahankan ibu pertiwi



Nyawa jadi taruhan

Hidupmu jadi sandaran

Kecekalan hati jadi bekalan

Di medan pertempuran

Peluru tak bermata

Bertempiaran lari di mana-mana

Menembusi dada musuh Negara



Semalam dan hari ini

Serta seterusnya

Aku berdoa agar esok

Insya Allah selamanya

Malaysia dirahmati hidup bahagia

Jauh dari ancaman bahaya

Kekalkan kemakmuran yang didambakan

Berkatilah setiap perjuangan

Yang kami lakukan

Aminnn…



- Dayang Munirah bt Awang Hanafi (6AS)




 

Secebis Catatan untuk Ayahanda (Khusus untuk Bekas Pengetua Encik Matnoh bin Haji Minan)


Meski baru semalam ayahanda hadir

sejarah bermakna telah ayahanda ukir

di dada kami

di dada warga

SMK Serian seluruhnya



Meski baru semalam bersama

bagaikan sudah sedekad terasa

mengecap nikmat mesra

mendakap makna sekeluarga

di bawah satu bumbung

kita wajar satu bicara



Tunjuk ajar dan teguran ikhlas

menjadikan beban dipikul lunak digalas

kepercayaan yang ayahanda beri

membuka ruang luas untuk kami

bertindak kreatif dan berinovasi

kerna terlalu banyak tekanan

bisa merencatkan kekreatifan

dan merenekkan kebijaksanaan



Baru semalam kita bersama

dan hari ini ayahanda pamitan

mohon diri untuk pergi

terasa belum puas

tetapi dimengertikan sudah tugas

kita sedia terima

untuk berkhidmat pada Negara



Meski ayahanda pergi jauh

di hati kami tetap dekat

mengingati ayahanda sentiasa

meski di hadapan mata

tiada



Kita adalah pohon sebatang

kering atau rendang adalah kita jua

sama menyedut sari bumi

sama menggapai cahaya mentari

akar dan pangkal menjulang tinggi

dahan dan daun rending memayungi

sama ada di pucuk atau di bumi

kita sama-sama menyumbang bakti

pada ibu pertiwi



Pesanan ayahanda tidak akan kita lupa

teguran ayahanda pedoman bermakna sentiasa

dan kami anak-anak nakal

mohon kemaafan setulus hati

jika terlanjur tutur dan peri

jika terlanjur bahasa kami





- Bibiana ak Ingek (6AK3)


 


Aku Yang Mencari



Sendiri aku berjalan

Mencari jejak dan kesan

Di pantai ombak berkejaran

Bagaikan meniti buih yang memecah

Di pasir tiada berpeta

Wujudkah aku di dunia ini?



Akulah, aku…

Bernama tetapi tiada peranan

Tersedar dari kelalaian

Dan ingin membina suatu kehidupan

Siapa gerangan sudi membimbing

Mencari identiti diri



Terkesima mencari sinar dan harapan

Engkaukah tempatku mengadu

Relakah mendengar keluhan

Jiwaku dalam keresahan



- Nur Fhaniza (4S5)




 

Mati


Mati

Setiap insan akan merasai mati,

Walaupun bukan kini,

Pasti masanya akan tiba nanti.



Sekujur mayat kelihatan kaku,

Kian nan putih teman hidupmu,

Meratap sedih insan nan pilu

Ibarat bunga yang sudah layu.



Kelihatan mayat diusung ke pintu,

Terkujur kaku di keranda kayu.

Menanti saat dipukul dipalu,

Disoal malaikat apa dosamu.



Kakunya insan yang sudah mati,

Di dalam kubur sunyi dan sepi,

Disoal malaikat tanpa henti,

Tubuh mengaku kesalahan diri.



Tinggallah engkau seorang diri,

Menanti azab di neraka nanti,

Meratap sedih ingin dikasihani,

Tiada siapa yang akan peduli.



Antara dosa dan pahala,

Antara syurga dan neraka,

Hidup kita takkan kekal lama,

Kerana mati pasti dirasa.



- Surianizam bt Matali (4S4)



 

Mimpi Hidup



Aku bertekad untuk berjaya dalam hidup

Seramai mana musuh menanti di hadapan

Akanku ledakkan dengan kejayaan cemerlang

Akanku dakapkan impianku

Menjadi pemandu pesawat di sebalik awan.



Segala usaha, titik peluhku

Pasti mendapat ganjaran setimpal dengan kejayaan

Berkat doa ibu bapa

Berkat bimbingan guru

Memastikan kejayaan dalam genggaman.



Segala rintangan dan kesusahan

Akanku musnahkan dengan kuasa ilmu

Yang ada pada diriku

Nasihat ibu bapa dan guru yang membimbingku

Akanku simpan peluru membunuh musuh

Agar mendapat kejayaan cemerlang!



- Boniface Sup (4S2)


 

Keindahan Yang Sementara



Pergi…pergi…pergi…

pergi kau tak kembali,

mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri,

tanpa mengira realiti atau fantasi.



Dahulu kau sentiasa mendampingiku,

menemaniku dikala aku merinduimu.

Dahulu kau sumber ilhamku,

pembangkit semangat untuk terus maju.



Segala-galanya indah belaka,

bagaikan tiada wujudnya lumrah,

semuanya datang bahagia,

bagaikan tiada derita.



Ah…segala-galanya sudah berlaku,

kini aku sendirian,

menanggung rindu dan pilu,

menahan kepedihan dan kesengsaraan.



Ternyata keindahan hanyalah sementara,

umpama siang berganti malam,

melenyapkan api cahaya,

mengaburi penglihatan para pencinta.



Kini hidupku kosong,

jiwaku terkongkong

hidup tanpa harapan

tersedu menunggu panggilan Tuhan.



- Hayzel Tawan (6AK2)



 

Ada Apa Dengan Dadah?
 



Marijuana membuka sebuah kisah kedukaan,

Heroin pemangkin sebuah kehancuran,

Ganja, morfin, kokain…

Resipi menuju inderaloka fana,

Ciptaan ambarasador jalanan yang

terhoyong-hayang



Marijuana itu DADAH.

Ganja, morfin, kokain

juga adalah dadah.

Ada apa dengannya?

Tinggalkan badan untuk dikotori,

Tinggalkan minda untuk diracuni,

Tinggalkan Negara untuk dimusnahkan.



Begitu ajaib sekali

tatkala melihat si ahmak yang tuli dan

buta mengenal diri

menyanjung dadah

seolah ia memberi maulhayat

yang memberi kehidupan

mengagungkan dadah

seolah ia adalah tiang seri pengukuh

kehidupan.



Ada apa dengan DADAH?

Tinggalkan zahir untuk disakiti,

Tinggalkan batin untuk diderita,

Tinggalkan masa depan berdinding kegelapan,

melupakan segala ahadiat yang hakiki…

melupakan keindahan inderaloka yang

abadiah.



Dadah…

mengarca insan yang jumud

yang acapkali tersungkur

dilorong afsal yang penuh kehinaan

Justeru jangan sesekali kita dilemma

Jangan sesekali kita terkhilaf

Jangan kerana kita alpa

Dan

Jangan sesekali kita terkosel-kosel

bila menghadapinya.



Katakan TIDAK pada Dadah!

Katakan TIDAK pada Dadah!

KERANA…

ADA APA DENGANNYA???



- Mitchell (5K3)




 

Bicara Buat Ibu



Dalam kesunyian ini

Terdetik hati ini…

Sedetik…dua detik…

Sudah makankah dia?

Sudah lelapkah dia?

Tatkala berjaga begini…

meniti jambatan ilmu,

dengan harapan setinggi gunung

berbekalkan azimat kata pujanggamu

yang sentiasa mengiringi…

langkah ini…penuh kobar.



Dalam jauh lubuk hati ini,

Betapa aku sedar… Betapa aku kesal…

Tingginya pengorbananmu,

meniup belon semangatku…

menyiram hatiku yang haus

dengan titis-titis kasihmu…

memimpin aku yang buta ini

menuju cahaya kehidupan

yang malap… dan yang terang.



Dalam sendu kerinduan…

Yang bertemu begini,

Ingin sekali aku…

Menatap wajahmu ibu,

Ingin sekali aku…mendakap tubuh cekungmu,

Biar sampai engkau tahu

Kasihmu umpama tarikan magnet

Walau jauh beribu batu sekalipun

Rindu ini tidak akan pudar…



- Shiela Sulaiman (6AK3)



 

Guruku



Kerdip budimu bagai bintang

halus tetapi bersinar

menyuluh jiwa anak didikmu

tanpa tunduk pada karenah batu

dan suntuk waktu.



Guruku

Ketika aku terpinga

antara gulatan usaha dan leka

kau bawakan aura semangat

kata-katamu bagaikan angin

menerbangkan lelayang cita

mengufuk jiwa.



Guruku

tak terhitung keringat jasa

bagai hujan yang menitis

menyegarkan daunan di gurun

dan aku antara muridmu

bakal melunasi janji

memenuhi impian negara

memperkasakan generasi

lewat pemergianmu.



- Zachary Hairee (5K3)


 


Kasih Abadi
 


Ayah,

tiap kali menatap potretmu,

pasti air mataku,

mengalir lesu,

tiap kenangan yang diabadikan,

sering memaksaku berduka,

tika aku mengenangnya.



Ayah,

gurau sendu,

masih terbayang-bayang di benakku,

lunak suaramu,

masih terniang-niang di telingaku,

segalanya indah bila diingati.



Ayah,

menjelang 21 Jun ini,

bermakna…

Sudah lapan tahunlah

ayah pergi menemui Ilahi,

namun ketahuilah,

kasih dan sayang

anakmu tetap kekal abadi

selamanya….



- Malisa bt Sabu (5K6)




 

 



Pemenang Pertama

Mohd. Al-Qayyum bin Manura (4S3)

Kita Yang Tak Mungkin Merdeka



 

Kita belum merdeka

Jelasnya itu bukan hanya aku yang tahu

Para kupu-kupu malam

Lalat-lalat di bakul sampah

Malah para bangkai jalanan

Di lorong penuh kenikmatan

Malah anjing-anjing penjaga

Di pelusuk dewan bersuara

Juga dapat merasakan

Mereka juga tahu



Rakyat belum merdeka

Aku memang tahu itu

Sebab kita mesti menjadi kita

Sejak dulu

Sering mengangguk dan menggeleng

Apa saja orang kata



Rakyat belum merdeka

Jelasnya aku sangat tahu itu

Entah sudah berapa suara

Menyatakan dimana keadilan dan kemakmuran

Entah sudah berapa janji dikobarkan

Tapi keadilan selalu terperosok tenggelam

Di dalam kata-kata kosong

Seribu kata penuh onak pilu



Rakyat belum merdeka

Aku juga sangat tahu

Mana mungkin merasa merdeka

Bila keadilan hanya menjadi tulisan dan puisi

Tenggelam dek wayar-wayar besi yang menjerut

Setiap kesucian dan keikhlasan

Mana mungkin kita merdeka

Bila kita hanya jadi tanggungan ke sana ke mari

Meniti dan terus meniti sahaja

Tanpa ada arah dan kata sebenar

Mana mungkin rakyat kita merdeka

Bila kerakusan selalu menjadi nabi

Membayangi setiap gerak geri

Setiap gerak tari



Rakyat belum merdeka

Ya, aku tahu

Sebab kita memang tak kan mungkin merdeka

Sebab tanah air bagaikan penjara bagi kita


 



Pemenang Kedua

Banadict Fabian (6RS1)

50 Tahun Merdeka



 

Hari ini, Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan demi laungan makin bergema

Menyentuh jiwa dan raga

Kegembiraan semakin membara

Kita telah merdeka



50 tahun Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dilaunkan penuh semangat

Di kala mengimbau kenangan lalu

Pahit, manis, suka duka

Perjuangan demi perjuangan

Yang telah ditempuhi



Kini 50 tahun

Kemerdekaan telah tercapai

Kita bangga

Menjadi rakyat Malaysia

Bebas daripada ancaman penjajah

Tapi di sebalik kegembiraan

Terselindung kepiluan, kesedihan serta kepincangan

Anak-anak muda

Belum lagi sedar

Apa ertinya kemerdekaan?

Mudah alpa, leka

Tiada semangat patriotik

Bergelumang dengan dadah

Gejala tidak bermoral

Turut dijadikan amalan

Patutkah ini terjadi?



50 tahun Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sedarlah anak-anak muda

Bangkitlah

Hayatilah kemerdekaan ini

Jadilah insan berguna

Demi bangsa, agama dan Negara

Wujudkan Negara cemerlang, gemilang, terbilang

50 tahun telah merdeka



Pemenang Ketiga

Muhd. Ratimie bin Abdullah (5S5)

Semarak Kemerdekaan



 

Waktu yang berlalu

Meninjau dendam pantas sekali

Pastikan menghampiri penghujungan

Pada hakikat yang terikat

Pada matlamat yang merentang

Pada kekangan yang menghalang

Cabaran globalisasi



Pantas sekali

Transformasi mencabar minda

Ledakan teknologi tanpa sempadan

Amat jauh untuk digapai

Optimistik, dinamik perlu dipertahankan

Cekal merealisasikan impian

Sejauh matlamat merungkai kebuntuan

Bebas mencantas kecemerlangan global

Tanpa rintihan dan keluh kesah



Majulah generasi kutingkat erti kejayaan

Penggabungan di bawah satu panji

Mengerat gelombang cabaran

Melaksanakan misi dsn visi

Mengisi teori dan praktikal

Menjana Malaysia makmur

Dalam semarak kemerdekakan

 

Peraduan Mencipta Sajak Merdeka/Patriotik Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-50

 



Pemenang Pertama

Mohd. Al-Qayyum bin Manura (4S3)

Kita Yang Tak Mungkin Merdeka



 

Kita belum merdeka

Jelasnya itu bukan hanya aku yang tahu

Para kupu-kupu malam

Lalat-lalat di bakul sampah

Malah para bangkai jalanan

Di lorong penuh kenikmatan

Malah anjing-anjing penjaga

Di pelusuk dewan bersuara

Juga dapat merasakan

Mereka juga tahu



Rakyat belum merdeka

Aku memang tahu itu

Sebab kita mesti menjadi kita

Sejak dulu

Sering mengangguk dan menggeleng

Apa saja orang kata



Rakyat belum merdeka

Jelasnya aku sangat tahu itu

Entah sudah berapa suara

Menyatakan dimana keadilan dan kemakmuran

Entah sudah berapa janji dikobarkan

Tapi keadilan selalu terperosok tenggelam

Di dalam kata-kata kosong

Seribu kata penuh onak pilu



Rakyat belum merdeka

Aku juga sangat tahu

Mana mungkin merasa merdeka

Bila keadilan hanya menjadi tulisan dan puisi

Tenggelam dek wayar-wayar besi yang menjerut

Setiap kesucian dan keikhlasan

Mana mungkin kita merdeka

Bila kita hanya jadi tanggungan ke sana ke mari

Meniti dan terus meniti sahaja

Tanpa ada arah dan kata sebenar

Mana mungkin rakyat kita merdeka

Bila kerakusan selalu menjadi nabi

Membayangi setiap gerak geri

Setiap gerak tari



Rakyat belum merdeka

Ya, aku tahu

Sebab kita memang tak kan mungkin merdeka

Sebab tanah air bagaikan penjara bagi kita





 



Pemenang Kedua

Banadict Fabian (6RS1)

50 Tahun Merdeka



 

Hari ini, Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan demi laungan makin bergema

Menyentuh jiwa dan raga

Kegembiraan semakin membara

Kita telah merdeka



50 tahun Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dilaunkan penuh semangat

Di kala mengimbau kenangan lalu

Pahit, manis, suka duka

Perjuangan demi perjuangan

Yang telah ditempuhi



Kini 50 tahun

Kemerdekaan telah tercapai

Kita bangga

Menjadi rakyat Malaysia

Bebas daripada ancaman penjajah

Tapi di sebalik kegembiraan

Terselindung kepiluan, kesedihan serta kepincangan

Anak-anak muda

Belum lagi sedar

Apa ertinya kemerdekaan?

Mudah alpa, leka

Tiada semangat patriotik

Bergelumang dengan dadah

Gejala tidak bermoral

Turut dijadikan amalan

Patutkah ini terjadi?



50 tahun Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sedarlah anak-anak muda

Bangkitlah

Hayatilah kemerdekaan ini

Jadilah insan berguna

Demi bangsa, agama dan Negara

Wujudkan Negara cemerlang, gemilang, terbilang

50 tahun telah merdeka





 



Pemenang Ketiga

Muhd. Ratimie bin Abdullah (5S5)

Semarak Kemerdekaan



 

Waktu yang berlalu

Meninjau dendam pantas sekali

Pastikan menghampiri penghujungan

Pada hakikat yang terikat

Pada matlamat yang merentang

Pada kekangan yang menghalang

Cabaran globalisasi



Pantas sekali

Transformasi mencabar minda

Ledakan teknologi tanpa sempadan

Amat jauh untuk digapai

Optimistik, dinamik perlu dipertahankan

Cekal merealisasikan impian

Sejauh matlamat merungkai kebuntuan

Bebas mencantas kecemerlangan global

Tanpa rintihan dan keluh kesah



Majulah generasi kutingkat erti kejayaan

Penggabungan di bawah satu panji

Mengerat gelombang cabaran

Melaksanakan misi dsn visi

Mengisi teori dan praktikal

Menjana Malaysia makmur

Dalam semarak kemerdekakan



 

 

yeokeehui@gmail.comhttp://www.blogger.com/profile/16400460709784945237keehui.yeo@gmail.com0
tag:blogger.com,1999:blog-4611910803700921914.post-77518680231835756952007-12-31T01:59:00.000-08:002009-01-04T22:39:34.383-08:00 Pertandingan Menulis Cerpen (Bulan Bahasa) (Sesi Petang)

 



Pemenang Pertama

Rhozalinnie ak Mood (3A)

Maafkan Akak, Tini…!





 

Setelah selesai berkemas, aku bergegas turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Kedua-dua ibu bapaku serta Tini sudah menunggu di meja makan.



"Good morning, mum, dad,” ucapku sambil menjeling ke arah Tini.



"Good morning,” balas mereka berdua.



"Ha, masih tercegat kat situ, cepatlah makan. Nanti lambat pergi ke sekolah, padan muka,” ujar bapa lagi. Bapa sememangnya seorang yang berdisiplin dan inginkan kami juga menepati masa. Tini pula hanya tersenyum seolah-olah menyindir aku.



Aku menyampah melihat Tini dan boleh dikatakan aku membencinya. Sebaik-baiknya, aku amat berharap agar Tini tidak wujud di bumi ini. Kemungkinan Tini menyedari perubahan sikapku yang ketara sejak peristiwa itu berlaku. Ia bermula sejak tiga bulan yang lalu. Tini telah pengsan secara tiba-tiba di rumah, tiada hembusan nafas untuk seketika. Ibu dan bapaku yang panik itu bergegas menghantarnya ke hospital. Tini berada dalam keadaan koma selama hampir dua minggu. Ia membuatkan kami sekeluarga berasa bimbang. Menurut laporan doktor, Tini menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan penjagaan rapi.



Sejak peristiwa itu, ibu dan bapa sentiasa bersama Tini. Mereka lebih mementingkan Tini. Aku pula berasa dipinggirkan. Apalah gunanya aku jika tiada tempat untuk bermanja? Hubungan antara aku dengan Tini semakin renggang. Cemburukah aku? Entah mengapa aku sukar sangat hendak mengalah dengan Tini. Dalam sehari, tidak sah kalau tiada perselisihan faham antara kami berdua walaupun perkara yang remeh.



*****



Kriiinngg!! Tanpa disedari, sesi persekolahan untuk tahun ini telah tamat. Aku bergegas menuju ke arah Joyce, rakan karibku yang amat baik terhadapku.



"Hooray! Hooray! It’s holiday!” beberapa orang rakan sekelasku menjerit keriangan.



"Regres ami…,” sesekali terdengar Joyce dengan riangnya menyanyi lagu yang dipopularkan oleh II Divo, kumpulan penyanyi dari Barat. Joyce amat meminati mereka. Tidak hairan juga, dia memang terkenal dengan suaranya yang merdu di sekolah, yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar lelaki.



"Jo” aku memanggilnya. Namun, tidak dipedulikannya. “Jo!” aku memanggil lagi sambil mencuit bahunya dari belakang.



"Opocot,” Joyce melatah.” Ape ni, kalau ye pun nak panggil I, janganlah main cubit,” marah Joyce tetapi aku tahu dia tidak akan menyimpannya di dalam hati.



"Kau tu yang syok sangat menyanyi sampai tak dengar aku panggil,” balas aku. ”Kau balik jalan kaki ke?” Tanya aku sambil berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolah. Pelajar-pelajar lain masih berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah.



"I memang jalan kaki setiap hari. Pahal, you nak ikut ke?” Tanya Joyce.



"Yup, aku malas nak ikut si Tini naik bas,” balas aku lagi.



"I tak faham la problem you ni, asyik nak mengelak daripada si Tini tu,” kata Joyce. Aku sengaja tidak memberitahunya perkara sebenar kepada Joyce, manalah tahu dia seorang mulut tempayan. Aku hanya mendiamkan diri.



Kebetulan pada masa itu, kami berdua terserempak dengan Tini dan rakan-rakannya.



"Kak, Tini naik bas ngan kawan. Kak nak ikut ke?” tanya Tini.



"Suka hati aku lah! Kau sibuk pahal?!” ujar aku dengan nada yang agak tinggi. Tini dan rakan-rakannya terus berlalu. Joyce pula hanya menggelengkan kepala. Memang menjadi kebiasaan, ibu akan menjemput aku dan Tini dari sekolah. Oleh kerana kedua-dua ibu bapaku sibuk pada hari ini, kami berdua dibenarkan menaiki bas. Tetapi aku lebih rela berjalan kaki di bawah pancaran matahari yang terik daripada menaiki bas bersama Tini.



"I kesian tengok Tini. Kalau I jadi dia, dah lama I complain kat my parents,” kata Joyce.



"Mungkin Tini seorang yang penyabar. Ah, walau apa pun, aku tetap membencinya!” gerutu hati kecilku.



"Dahlah! Malas aku nak cakap pasal tu. Eh, korang pergi mana waktu cuti nanti?” aku cuba mengubah topik perbualan kami.



"My parents bercadang nak melancong ke Sabah, sambil melawat abang I yang kerja kat sana,” kata Joyce dengan gembira. ”You pulak?” Tanya dia lagi.



"Entahlah, tak pergi mana-mana kot,” ujar aku dengan selamba. Kemungkinan besar aku tidak berpeluang untuk melancong kerana kedua-dua ibu bapaku sibuk dengan tugas masing-masing.



Apabila tiba di persimpangan jalan, aku berpisah dengan Joyce. Aku berlari-lari anak supaya cepat tiba di rumah. Berjalan di bawah pancaran matahari yang terik sudah cukup meletihkan aku. Joyce pula masih meneruskan perjalanan ke rumahnya yang terletak berdekatan dengan rumahku.



Aku terus menuju ke dapur untuk makan tengah hari. Aku terpaksa melayan perutku yang berbunyi sejak tadi. Tini yang awal tiba di rumah telah lena tidur di atas sofa.



Setelah selesai mandi, aku kembali ke dapur untuk menolong Mak Yam. Jam menunjukkan 2.30 tengah hari.



"Mummy dan daddy belum balik lagi?” Tanya aku kepada Mak Yam. Mak Yam yang tidak menyedari kehadiran aku pun terperanjat.



"Tadi mereka telefon ke rumah. Mereka akan balik lambat sikit.” Jawab Mak Yam sambil mencuci pinggan mangkuk.



Aku mencapai segelas air sejuk dari peti sejuk. "Mak Yam, Tina rasa mummy dan daddy dah tak sayangkan Tina,” aku mengadu. Sejak peristiwa itu, aku lebih suka mengelakkan diri bercakap dengan ibu bapaku, apatah lagi dengan Tini. Kini, aku lebih rapat dengan Mak Yam. Dialah satu-satunya tempat aku mengadu.



"Ish, pahal Tina cakap macam tu? Tak baik tau. Tini tu kan sakit, mestilah mummy dan daddy jaga dia,” nasihat Mak Yam. ”Oh, Mak Yam tahu, Tina cemburu ye,” usik Mak Yam. Namun, Mak Yam mengerti kesedihan aku. Dia pun mengusap-usap kepalaku. Aku lebih rela menghidapi penyakit kronik supaya kedua-dua ibu bapaku lebih menyayangiku.



*****



Pada malam itu, kami sekeluarga berkumpul di meja makan untuk makan malam. Mak Yam juga turut serta.



"Daddy ada surprise untuk you all" bapa memulakan perbualan.



"Apa dia? Cepatlah bagi tau,” desak Tini. Ibu pula hanya tersenyum, memandang bapa sambil menyuapkan nasi ke mulut.



"Waktu cuti ni, daddy nak bawa korang melancong. Nak tak?” Tanya bapa dengan wajah yang gembira.



"Hooray! Hooray!” teriak aku dan Tini serentak.



"Kita nak ke mana?” tanya aku. Kebiasaannya, aku mendiamkan diri semasa di meja makan tetapi pada kali ini aku tidak dapat menyembunyikan kegembiraanku. “Kita pergi ke Taman Rekreasi Ranchan, lepas tu bermalam kat sana, nak tak?” aku mencadangkan sesuatu.



"Ala… Setakat pergi kat Ranchan je, boring lah. Ha, kita pergi ke Bako Lagoon!” sampuk Tini. Mak Yam, ibu dan bapa hanya tersenyum melihat telatah aku dan Tini.



"Okey, mummy dan daddy bawa korang pergi ke Bako Lagoon!” kata ibu.



"Ye, ye! Ye, ye!" teriak Tini.



"Huh, asyik Tini, Tini, Tini!” aku berkata kepada diri sendiri. Kegembiraanku terhenti di situ.



"Lagipun, kita tak pernah pergi ke Bako Lagoon, right?” ujar ibu lagi.



"Boleh tak Mak Yam ikut sekali?” Tanya aku. Tanpa Mak Yam di sana, aku pasti berasa bosan.



"Eh, tak payah susah-susah. Mak Yam kat sini je, jaga rumah,” kata Mak Yam, beranggapan bahawa kehadirannya itu mengganggu percutian kami sekeluarga.



"Boleh, apa salahnya,” kata bapa.



'Dengar tu, Mak Yam. Mak Yam mesti ikut, okey?” ujar aku. Mak Yam hanya mengangguk sambil tersenyum.



*****



Seperti yang telah dirancang, kami sekeluarga dan Mak Yam tiba di Bako Lagoon. Tempat tersebut agak sunyi mungkin kerana hari masih awal. Tambahan pula, tidak ramai yang berkunjung ke situ. Pemandangan yang hijau serta kolamnya yang besar menyejukkan mata memandang.



"Mummy, Tina pergi dulu, ye!” jerit aku sambil berlari ke arah kolam yang besar itu. Tini juga turut serta. Ibu mengangkat ibu jarinya, membenarkan aku pergi.



Aku berenang dengan gembira di dalam kolam itu. Tini pula teragak-agak kerana takut akan air. Aku cepat-cepat menarik kakinya supaya dia tergelincir dan jatuh ke dalam kolam. Rancanganku itu berjaya.



"Ha! Ha! Ha!” aku ketawa sepuas hati.



Namun, terdengar jeritan ibu, “Hoi, korang berdua, hati-hati! Tina, kau jaga si Tini tu.” Aku masih tidak menghairankan nasihat ibu.Tini terus menyimbah air ke muka aku menggunakan tangannya.



"Apasal Tini buat macam tu, hah?!” aku marah sambil menempik permukaan air. Tini hanya tersengih-sengih. Kebencianku terhadap Tini kini menyelubingi diriku. Aku bergegas angkat dari kolam menuju ke arah Mak Yam yang sedang sibuk menjamah keropok.



"Eh, pahal Tina tinggalkan Tini dalam kolam? Bahaya tu,” kata Mak Yam.



"Biarkan, bukannya dia tak pandai berenang,” aku balas dengan muka yang bingung. ”cepat pergi tengok Tini," sambungnya lagi.



Ibu dan bapaku yang sedang bersantai tidak menyedari apa yang berlaku. Tiba-tiba, kami semua dikejutkan dengan jeritan Tini meminta tolong. Tangan Tini kelihatan terkapai-kapai dari jauh. Aku sangkakan itu sekadar gurauan sahaja, hanya untuk menarik perhatian. Apabila kami menghampiri kolam itu, tubuh Tini langsung tidak kelihatan. Ibu mula berasa panik.



"Bang, cepat cari Tini!” kata ibu. Suaranya penuh dengan kerisauan. Tanpa berlengah-lengah lagi, bapa terus terjun ke dalam kolam yang dalam itu. Akhirnya, bapa muncul dengan tubuh Tini dalam dakapannya. Alamak! Tini tidak bernafas lagi! Aku mula diselubungi rasa bersalah.



*****



Ibu, bapa, Mak Yam setia menanti jawapan daripada doktor. Kami semua berada dalam keadaan panik.



Sejurus kemudian, seorang doktor keluar dari bilik bedah, “Ini semua keluarga Tini ke?” Kami semua mengangguk.



"Doktor, bagaimana keadaan anak saya?” tanya bapa dengan penuh kebimbangan.



"I’m sorry. We’ve tried our best but …," kata doktor itu. Aku seakan-akan mengerti apa yang ingin disampaikan oleh doktor tersebut. Beliau sambung lagi, “She can’t be helped.”



Lidahku tiba-tiba menjadi kelu. Tidak ku sangka Tini akan meninggalkan kami dalam tempoh yang singkat ini. Ibu meraung, mengalir air matanya yang penuh dengan kesedihan. Kami semua dijemput untuk melihat Tini untuk kali terakhir. Aku sepatutnya bergembira kerana inilah saat yang aku nantikan. Namun, setelah melihat tubuh Tini, aku berasa amat sedih. Tanpa disedari, air mataku mengalir. Aku membelai kepalanya.



"Maafkan akak, Tini. Maafkan akak….," bisik hatiku. Aku akan diselubungi perasaan bersalah sepanjang hidupku kerana Tini tidak sempat mengucapkan apa-apa sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.



"Mummy, daddy, Tina nak minta maaf. Tini jadi macam ni senan Tina …..," aku tidak larat menyambung ayatku.



"Mummy tak salahkan Tina. Semua ini dah takdir,” ujar ibu dengan tenang tetapi bergetar di hujungnya.



"Tini…," terdengar ibu memanggil Tini yang sudah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.



*****



"Selamat tinggal, adikku,” aku menoleh sekilas kearah kubur Tini dari kejauhan dengan harapan semoga roh Tini tenang di alam baqa.

 




 

 



Pemenang Kedua

Melvin (3A)

Misteri Teman Sebilik





 
Setelah berjaya menggenggam keputusan cemerlang dalam SPM beberapa bulan yang lalu, Jason akhirnya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti tempatan. Hatinya cukup girang dan kegembiraan itu dikongsi bersama ayah dan ibu yang selama ini tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.



Tiba masa untuk mendaftar di universiti, Jason sudah bersiap seadanya. Biarpun perjalanan terasa jauh dan memenatkan, anak muda itu tidak sedikit pun mengeluh. Dalam hati berdebar-debar memikirkan suasana baru yang bakal dilalui kelak. Ibu dan ayah Jason sekadar tersenyum sesama sendiri. Lega hati mereka melihat kejayaan anak tunggal mereka itu.



Sesudah pendaftaran, Jason lalu mengangkat barang-barang ke asrama yang disediakan. Kawasan sekitarnya sunyi sepi. Jauh dari hiruk-pikuk jalan raya berdekatan. Kebetulan bilik Jason betul-betul bertentangan dengan belukar belakang universiti.



Jam menunjukkan jam 6 petang, ibu dan ayahnya mohon diri untuk pulang memandangkan esok mereka perlu bekerja. Jason mengiringi mereka hingga ke kereta lalu mereka berpelukan sebagai tanda selamat jalan.



Selepas itu Jason segara kembali ke biliknya. Terasa hatinya hendak mengemas sedikit lagi barang yang tinggal. Lagipun sebentar lagi dia hendak makan malam pula.



Sewaktu tombol pintu ditolak, tersirap darahnya apabila terpandang sebatang tubuh berdiri betul-betul di muka pintu. Hilang semangatnya buat seketika.



"Maaflah, jika saya buat awak terkejut," sela lelaki yang masih berdiri di hadapannya. Jason mengusap dadanya untuk menenangkan fikirannya.



"Tak mengapa, saya fikir tak ada orang lain sebab tadi saya seorang saja," ujar Jason.



"Awak sampai lambat ke tadi?" soalnya ramah. Namun lelaki itu tidak bersuara, seolah-olah tidak mendengar suaranya.



"Siapa nama awak?" Jason bertanya lagi dengan harapan pemuda itu akan berbual-bual dengannya.



"Wan," balas lelaki itu pendek. Jason tertanya-tanya. Mengapa begitu dingin sekali layanan Wan terhadapnya? Agaknya dia agak pendiam, katanya menyedapkan hati.



"Maaf, saya ni jenis tak banyak cakap," kata-katanya menggetarkan perasaan Jason. Wan seolah-olah mampu membaca apa yang ada di fikirannya. Namun Jason tidak mahu bercakap banyak. Fikirnya, pasti suatu hari nanti dia akan dapat memahami peribadi dan perasaan Wan memandangkan mereka akan tinggal sebilik untuk satu jangka masa yang agak lama.



Selama hampir seminggu, sikap Wan masih seperti itu. Tidak ada langsung tanda-tanda akan berubah. Malah Wan nyata semakin pendiam dan jarang berada di bilik. Kalau ada sekalipun hanya menjelang senja dan mereka tidak pernah pergi ke kelas bersama walaupun dalam jurusan yang serupa. Setiap kali bangun tidur, Wan pasti sudah tiada di katil. Selimut dan bantalnya juga sudah berlipat kemas.



Suatu malam genap seminggu Jason berada di situ, lelaki bernama Wan itu pulang agak lewat dari biasa. Ketika itu jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Angin bertiup kencang menandakan hujan bakal turun membasahi bumi.



Kedengaran jelas bunyi daun pintu dikuak orang. Fikir Jason, siapa lagi. Tentulah teman sebiliknya.



"Eh, Wan. Awak basah kuyup. Tadi hujan lebat ke? Pelik… di sini tak hujan pun lagi," katanya tanpa mempedulikan sikap Wan yang pendiam.



Dikerlingnya wajah Wan yang kelihatan lebih pucat dari biasa. Rambutnya kusut masai seperti sudah lama tidak bersikat. Gerak gerinya pula nampak terlalu lemah.



"Wan, kau sakit ke? Pergilah mandi dan tukar baju. Kau boleh demam selesema nanti," Jason menyarankan. Namun Wan tetap tidak mengendahkannya. Malahan terus berbaring di atas katil.



"Wan, kalau kau nak tidur nanti, tolong tutup suis lampu ya," katanya lagi. Kebetulan suis lampu tidak jauh dari katil temannya itu.



"Tap!" lampu terpadam. Tubuh Jason tiba-tiba terasa kaku. Hendak bangun dari katil, tapi dirinya bagai ditindih.



Sejenak dia dapat mendengar nafas kasar dari katil sebelah. Semakin lama semakin hampir membuatkan nafas Jason terasa sesak. Sedaya boleh dia cuba berdoa kepada Tuhan. Namun sia-sia, hingga akhirnya membuat Jason pengsan.



Keesokan paginya apabila Jason bangun dari tidur, pengalaman malam itu mula menghantuinya. Tanpa berlengah dia lalu bangun dan berlari ke bilik bersebelahan.



"Eh, Jason, kau ni kenapa?" Soal rakan sekelasnya, Nick.



"Nick, kau kenal tak dengan budak yang duduk sebilik dengan aku? Wan?" Jason bertanya bertubi-tubi membuatkan Nick termangu.



"Siapa Wan?" Tanya Nick tanpa menjawab soalan Wan.



"Kau mana ada kawan sebilik. Kau kan duduk seorang diri dalam bilik tu. Isy, kau ni bermimpi ke?" sambungnya lagi.



Jawapan Nick itu ternyata memeranjatkan. Jason sukar mempercayainya tapi itulah hakikat yang sebenar. Tapi kalau bermimpi, mengapa hingga satu minggu?



Siapa sebenarnya Wan dan mengapa dia menghuni bilik itu masih belum terjawab. Namun Jason tidak mahu menanti sehingga ada jawapan yang pasti. Dia segera memohon ditukar bilik kerana bimbang diganggu sekali lagi oleh “Wan”.

 




 

 



Pemenang Ketiga

Mary @ Ameng (3G)

Seikhlas Hati Kami





 

Fiona datang ke rumahku untuk ke sekolah bersama-sama. Keadaan cuaca pada hari itu sungguh membosankan. Kami sampai ke sekolah hampir 12.30 tengah hari. Ini bermakna kami masih ada masa untuk menyambut ketibaan Cikgu Lee.



Aku kurang arif tentang perangai guru yang seorang ini. Cikgu Lee seakan kurang mengambil berat akan pembelajaran dan pencapaian kami. Dia bersikap pilih kasih terhadap pelajar-pelajarnya. Tambah menyakitkan hati aku lagi, Cikgu Lee seakan-akan ingin melihat pencapaian yang baik hanya kepada segelintir pelajar.



"Semua bangun! Selamat petang, cikgu," ujar Johari selaku ketua tingkatan.



"Selamat petang! Hari ini saya akan mengajar kamu bagaimana membuat karangan. Sebagai permulaan kita hendaklah memahami tajuk yang diberi. Contohnya, kita ambil satu tajuk “Kemasukan buruh asing ke Malaysia lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan!" Baiklah Loo Pin, cuba beri definisi tajuk tersebut,” ujar Cikgu Lee.



"Ah, menyampah betul aku! Sikit-sikit Loo Pin, sikit-sikit Ah Ming, Li Chieng, Siaw Lek, Yuan Li, Jane Ching. Budak-budak tu sahaja yang dia selalu sebut," rungut Julie sambil mencebikkan bibirnya.



"Apa tidaknya! Kan mereka itu semuanya baik dengan Cikgu Lee. Kau jangan dengkilah, Julie," bisikku sambil tersenyum.



Julie tergelak.



"Ha, Julie! Kenapa gelak-gelak tu? Ada perkara lucu ke?" Soal Cikgu Lee.



"Tak ada, cikgu. Cuma pagi tadi saya terpijak anak kucing jiran saya sampai terberak, cikgu," balas Julie dengan suara lantang.



Serentak seluruh warga kelas ketawa terbahak-bahak.



"Hah! Apa yang lucu sangat ni?" jerkah Cikgu Lee.



Serentak itu juga seluruh isi kelas terdiam. Secara kebetulan masa pertama telah pun selesai. Cikgu bergegas keluar.



Cikgu Lee adalah guru baru. Sejak kedatangan ke kelas kami dua bulan lalu, sikapnya yang tidak sukakan segelintir pelajar jelas kelihatan. Aku sendiri hairan dengan cara pembahagian markah Bahasa Melayu dalam peperiksaan. Kawan-kawan seperti Siaw Lek, Loo Pin, dan Jane Ching dapat menandingi kawan-kawan yang lain.



Padahal sebelum kedatangan Cikgu Lee, aku, Julie, Elizabeth, dan Fiona sentiasa mendapatkan markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Setelah kedatangan Cikgu Lee markah kami semakin teruk dan Loo Pin pula yang merebut tempat teratas.



"Baiklah kelas, untuk peperiksaan semester ini, saya harap kamu ulang kaji pelajaran yang telah saya ajar. Siapa yang mendapat markah bawah 60 peratus, kamu akan didenda," tegas Cikgu Lee pada suatu hari.



Kebanyakan kami terkejut mendengarnya. Bagi kami adalah sukar untuk mendapat markah 60 peratus ke atas sejak kedatangan Cikgu Lee.



Sehari sebelum peperiksaan, kebanyakan guru yang masuk ke kelas kami memberi motivasi dan nasihat yang berguna. Aku sungguh tertarik dengan kata-kata Cikgu Wendy, guru Bahasa Inggeris. Katanya, "bersabarlah dalam mencari ilmu kerana tidak semestinya yang bulat datang menggolek dan pipih datang melayang." Kata-kata itu tersemat di hatiku.



Peperiksaan semester akhir akan berlangsung satu minggu lagi, ku lalui dengan tabah. Hasilnya aku beroleh keputusan yang agak baik. Aku pulang ke rumah dengan hati yang amat gembira dan bersyukur kepada Tuhan.



Pada petang itu, aku dan kakakku bersembang di beranda rumah.



"Akak dengar ada yang tak beres di kelas kamu, Cindy," ujar Kak Leez.



"Ala, bukannya apa, kak! Cikgu Lee itu yang punya pasal. Dia tu pilih kasih sangat."



"Oh, cikgu baru tu! Akak ada juga dengar cerita tentang dia. Tapi sayanglah, kalaulah dia baik, mesti ramai yang minat kat dia," jelas Kak Lezz.



Lagu Peter Pan berjudul ‘Bintang Di Syurga’ berkumandang di radio Kak Leez, mengingatkan aku kepada Loo Pin, Li Chieng, Elizabeth, Fiona, Julie, dan Rachel. Hubungan kami bertujuh begitu erat. Sewaktu lagu 'Bintang Di Syurga’ baru popular, kami begitu ghairah mendapatkan senikata lagu tersebut. Setelah memperolehnya kami mulalah menyanyikan lagu itu sebaik-baik sahaja Cikgu Rebecca, guru Pendidikan Sivik keluar dari kelas. Kami sungguh asyik menyanyi lagu itu tanpa menghiraukan keadaan yang bising.



Tiba-tiba kelas menjadi senyap. Rupa-rupanya Cikgu Lim masuk ke kelas untuk mengajar Pendidikan Moral. Akibatnya kami disuruh berdiri di atas kerusi. Nasib kami memang malang. Pada hari itu, Cikgu Lim mengajar dua masa berturut-turut. Setelah Cikgu Lim keluar, kami tidak dapat menahan diri untuk ketawa. Kami ketawa sepuas-puasnya. Akan tetapi suasana sebegitu tidak dapat kami perolehi sejak kedatangan Cikgu Lee. Mengingatkan perkara itu, hatiku menjadi sayu dan pilu.



"Daddy tengok, sejak akhir-akhir ini Cindy selalu termenung. Apa masalah yang Cindy cuba pendamkan itu? Beritahu daddy."



Belum sempat aku menjawab, Kak Leez menyampuk, "Dia ada krisis dengan geng-geng dia."



"Bukan begitu, daddy! Sebenarnya kelas Cindy sekarang terbahagi kepada dua. Ah, Cindy harap tak berlanjutan."



"Oh, patutlah dah lama Loo Pin tak datang ke rumah kita. Kamu berdua turut bergaduhlah?"



"Bukan bergaduh, daddy. Kami cuma tidak bertegur sapa. Semenjak Cikgu Lee datang mengajar, suasana berubah sungguh. Entahlah! Entah apa yang ada dalam fikiran Cikgu Lee. Cindy sungguh sedih kerana kelas kami tidak seperti dulu lagi. Cindy rindukan suasana dulu," terangku dengan panjang lebar.



"Cindy tidak boleh terlalu emosional begini. Takkan selamanya perkara ini berterusan, mungkin suatu hari nanti Cikgu Lee akan sedar. Mungkin dia ada masalah," jelas ayah.



Pagi itu, Cikgu Lee sungguh ramah dengan kami semua.



"Eh, Cindy, betul ke apa yang aku nampak ni?" Tanya Fiona.



"Tak tahulah aku , Fiona. Kenapa tiba-tiba sahaja dia berubah?"



"Syy…. Diamlah! Cikgu Lee pandang ke arah kita," beritahu Fiona.



"Baiklah kelas! Hari ini saya berasa sungguh bertuah mengajar di kelas ini, saya juga rasa kedatangan saya ke sini memang tidak disukai oleh sesetengah pelajar. Terus terang, saya memang tidak senang dengan sebahagian daripada kamu. Tapi itu dulu, semenjak kejadian yang menimpa ke atas anak saudara saya tempoh hari menyebabkan saya berfikir panjang. Kamu tahu apa yang terjadi kepada anak saudara saya?"



Kami hanya menggelengkan kepala.



"Saya berterima kasih kepada sebuah keluarga Bidayuh kerana telah menyelamatkan anak saudara saya daripada mati lemas. Mereka betul-betul mempunyai sifat peri kemanusiaan yang tinggi dan terpuji. Saya juga ingin meminta maaf kepada kamu semua kerana bersikap berat sebelah."



Kami terdiam. Aku sempat menjeling kepada Loo Pin. Aku segera teringat cakap daddy. Ya, apakah masalah yang dihadapi oleh Cikgu Lee?



"Ada kemungkinan saya akan memohon bertukar dari sekolah ini," ujar Cikgu Lee.



Kami tersentak. Tanpa berlengah aku bangun lalu berkata, "walaupun semalam cikgu tidak menyukai kami, kami tetap sayangkan cikgu. Cikgu adalah guru kami. Jadi, cikgu tidak perlu memohon pindah. Kami perlukan petunjuk cikgu."



"Kami setuju dengan pendapat Cindy tadi kerana kami sayangkan cikgu dan tentu cikgu juga sayangkan kami. Betul tak, kawan-kawan?" sela Fiona.



Serentak dengan itu, kami berteriak, "Betul!"



Cikgu Lee tersenyum lalu mengangguk-angguk. Kami melihat ada air jernih bergenang di matanya.




 

 

yeokeehui@gmail.comhttp://www.blogger.com/profile/16400460709784945237keehui.yeo@gmail.com0
tag:blogger.com,1999:blog-4611910803700921914.post-44916170543834942432007-12-31T01:56:00.000-08:002009-01-04T22:39:34.366-08:00 Pertandingan Menulis Sajak (Bulan Bahasa) (Sesi Petang)

 



Pemenang Pertama

Mohd. Afizie Shahrin (3A)

Perang


 

 

Perang

Nyawa emas terkorban

Insan-insan yang tidak berdosa

Si tua, ibu bapa dan kanak-kanak

Menjadi mangsa tumpahan darah merah

Menjadi mangsa si durjana

Yang tidak pernah kenal erti sengsara



Perang

Mengapa mesti ini berlaku

Hentikan pertelingkahan darah ini

Agar si tua terus ketawa

Si kecil terus berlari

Mencapai cita-cita yang telah disemainya

Menjadi seseorang yang dewasa

Untuk Negara Selamanya



Perang

Tamatkanlah peristiwa ini

Supaya kemerahan tanah merah

Bertukar menjadi tanah hijau

Yang sentiasa mekar dan subur

Sebagai tanda kemerdekaan

Menjelang masa hadapan





 

Pemenang Kedua

Nicholas Assan (3C)

Semangat Cintakan Negara


 

 

Malaysia tanah airku

Teguhmu, seteguh Gunung Kinabalu

Gagahmu, segagah perwira

Namamu sentiasa tersemat di hatiku



Aman sentosa lagi bahagia

Di bawah payung Paduka Raja

Rakyat hidup berbilang bangsa

Namun perpaduan tetap terpelihara



Tanpa segan dan tanpa silu

Aku adalah wargamu

Menjunjung budaya ilmu

Menjadi pewaris bangsamu



Bangunlah dari lena ,wahai warha Malaysia

Bersatu hati membela tanah pusaka

Usah lalai, leka dan alpa

Terus berjuang untuk tanah air tercinta





 

Pemenang Ketiga

Jesamine Alexander (2A)

Malaysia Bangsa Merdeka


 

 

Bertahun-tahun lamanya

Dentuman menggegar kota

Peluru menembus mara

Semara kaki yang sedia melangkah



Namun kini segalanya berubah

Ibarat berubahnya waktu setiap saat

Tanggal 31 Ogos 1957

Adalah penentu segalanya………



Semua rakyat merasa gembira

Bebas dari cengkaman derita

Ibarat burung keluar dari sangkar emas

Begitulah telatahnya mereka



Kerana itu marilah rakyat Malaysia

Menyemai bakti tidak terkira

Ikutlah jejak pemimpin berwibawa

Yang menabur jasa tidak terhingga

Tanpa mengenal erti putus asa

Mengatur langkah ke arah kemerdekaan……….



Malaysia Negara tercinta

Kekalkanlah bangsa merdeka

Kekalkanlah amanat pemimpin kita

Yang tak ingin tanah air dijajah semula

Oleh kuasa yang tidak bertanggungjawab

Kini dan sampai bila-bila………….


 
Zara

Zara





Karya: Nura Jaol (6AK5)

 

Zara merenung pisau belati yang tersimpan di dalam beg sekolahnya. Kilauan pisau itu memancar ke dalam anak mata coklat kehitaman milik Zara. Ada cerita yang tersimpan di sebalik kewujudan pisau belati itu. Sebentar tadi, pisau itu telah dijumpai oleh guru kelas mereka, Cikgu Suri dan telah menyebabkan kelas Tingkatan Enam Sastera menjadi riuh rendah. Fikiran Zara ligat berputar mengenang kembali kisah yang tersimpan di sebalik pisau belati itu.



"Zara!”



Zara berpaling, menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil. Matanya terus terancap pada raut wajah bengis milik Lea Leona, pelajar perempuan yang amat berpengaruh di sekolah mereka. Lea tidak keseorangan, malah turut ditemani rakan-rakannya yang sekepala menunjuk lagak di sekolah.



"Zara, Zara! Kan aku dah kata, kau jangan sengaja nak cari pasal dengan aku. Bukannya kau tak kenal aku. Aku ni Lea Leona, ratu di sekolah ni! Kau tahu tu!” Lea bercekak pinggang sambil mendepani Zara yang tidak lepas-lepas memandangnya. Mata mereka bertembung seperti sedang berperang renungan mata.



"Aku tahu semua tu. Tapi setahu aku, aku tak pernah pun mengganggu hidup kau melainkan kau yang selalu mengganggu hidup aku.”



Tutur Zara bersahaja tanpa melarikan anak matanya daripada terus menerokai anak mata Lea.



"Hei…perempuan! Kau ingat aku ni pekak, buta, bisu..tak tahu apa yang kau buat. Oi…! Kau tu sedar sikit, lembap, bongok..! Jangan kau berani mendekatkan diri dengan Ben. Ingat, mamat tu aku yang punya. Kalau kau nak, kau carilah jantan di tepi jalanan, itu baru sesuai dengan kau…ha…ha…!”



Tanpa rasa bersalah, pantas sahaja Lea menarik tocang rambut Zara menyebabkan Zara mendongak menadah dada langit. Namun ekor matanya tajam merenung Lea secara sembunyi.



"Kau tak serik Zara. Kau memang mencari nahas. Kalau kau nak hidup panjang, hidup kat sekolah ni secara diam-diam, jangan nak buatkan aku naik benci tengok muka kau ni, faham!”



Gedebuk! Satu tumbukan hinggap di perut Zara. Rasa senak di perutnya, menyebabkan Zara tunduk menahan sakit.



Ketika itu, padang sekolah menjadi tumpuan pelajar-pelajar lain. Satu ‘lakonan’ yang menimbulkan kontroversi sedang berlaku.



"Kau tak malu, menindas insan selemah aku.”



Terketar-ketar suara Zara akibat menahan perutnya yang masih berbekas rasa sakit.



"Lemah? Oi…kawan-kawan, perempuan ni mengaku dirinya lemah. Dia dah sedar rupanya, sedar yang dirinya tu bodoh…ha…ha…”



Suara lantang Lea diiringi ketawa yang cukup sinis malah ketawa turut memenuhi kawasan padang. Zara melilau, memandang sekeliling, insan-insan yang mentertawakannya. Pap! Satu tamparan hinggap di pipi kanan Zara, menyebabkannya merasa bahang kesakitan yang amat dirasai. Tubuhnya turut ditolak dan dia tersadung ke belakang lalu terduduk. Sekali lagi, suasana riuh dengan gelak ketawa.



"Geng, sekarang kita akan menyaksikan artis seksi sekolah kita,” ujar Lea sambil tangannya rakus menarik baju sekolah putih milik Zara. Baju putih yang membaluti tubuh Zara cuba disentap.



"Tolonglah Lea, jangan! Jangan!”



Rayu Zara sambil tangannya menahan baju sekolah yang cuba disentap oleh Lea.



"Aku peduli apa!”



Lea rakus dengan perbuatannya dan tidak semena-mena lengan baju Zara di sebelah kanan terkoyak lalu mendedahkan bahu Zara. Lea ketawa kesukaan sambil diiringi sorakan pelajar lelaki. Zara merenung, mereka yang seronok ketawa tanpa menyedari hatinya remuk redam. Air mata tumpah membasahi pipinya, bercucuran umpama benteng air yang pecah. Zara bangkit berdiri sambil mendepani Lea dengan sebilah pisau belati. Suasana yang riuh menjadi hening dengan tiba-tiba.



"Kalau kau boleh melakukan sesuatu, aku pun boleh. Sekarang, pergi dari sini. Pergi!”



Jeritan Zara, menggerunkan hati mereka yang ada di situ. Lea menelan liur yang pahit sambil tersenyum sinis.



"Kau ingat kau akan selamat? Jom, tinggalkan tempat ni!”



Satu arahan daripada Lea, lalu mengembalikan keadaan padang yang lengang.



"Zara.”



Zara tersentak lalu kembali ke alam nyata. Panggilan namanya tadi menyedarkannya daripada kisah lalu. Zara melilau, memandang sekeliling mencari gerangan yang memanggil namanya. Mata Zara berhenti di depan pintu kerana ada susuk tubuh manusia di situ. Cikgu Suri memandangnya dengan serius.



"Kenapa cikgu?”



Tanya Zara apabila menyedari kehadiran cikgu Suri. Hatinya mengagak sesuatu.



"Ikut saya ke bilik kaunseling.”



Setelah memberi arahan, cikgu Suri terus berlalu meninggalkan Zara yang sememangnya keseorangan di dalam bilik kelas kerana pelajar-pelajar lain telah pun balik setelah tamat pembelajaran hari itu, kecuali Zara yang sengaja untuk balik lambat.



"Zara.”



Sedang Zara menuruni tangga blok A, sekali lagi namanya dipanggil. Suara itu amat dikenalinya.

Dia berpaling.



"Ben.” Suara Zara perlahan, jemu dengan kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya.



"Ya, aku.”



Senyuman manis yang terukir di bibir Benjamin hanya disambut senyuman tawar daripada Zara. Hatinya muak dengan Benjamin yang bermuka-muka, menunjuk baik. Biarpun pada hakikatnya, Benjamin sememangnya ikhlas mengenali Zara.



"Kenapa? Kau jangan nak huru-harakan hidup aku lagi Ben. Kau tahu tak, aku amat menyesal mengenali kau. Kalau boleh, kau jangan nak berpura-pura lagi. Aku kenal siapa kau tu, buah hati kepada Lea dan dalang dalam masalah hidup aku.” Ujar Zara lalu berlalu tanpa menghiraukann Ben yang masih tercegat di tangga.



"Zara!”



Namun tangannya disentap dengan kuat.



"Kau nak apa lagi?” Suara Zara meninggi lalu menepis tangan Benjamin yang memaut lengannya.



"Aku nak kau tahu, bahawa aku tak pernah bersubahat dengan Lea untuk mengenakan kau.”

Balas Benjamin tegas.



"Kau tu buah hati Lea, sama saja!” Tengking Zara.



"Zara, aku…..”



"Ben!”



Percakapan dipintas lantas menyebabkan Zara dan Benjamin sama-sama menoleh ke arah pemilik suara itu.



Cikgu Suri tercegat di depan mereka. Secara automatik kedua-dua tangan Benjamin yang memaut kedua-dua lengan Zara terlerai.



"Apa kau buat di sini? Cepat tinggalkan tempat ni sebelum pengetua meronda.” Pintas Cikgu Suri, sambil merenung anak muda itu.



Benjamin sempat memandang ke arah Zara yang tunduk memandang anak-anak tangga, sebelum dia meninggalkan Zara dengan Cikgu Zuri. Namun, Cikgu Suri sempat memandang setiap langkah yang diatur oleh anak muda itu. Hatinya menyatakan sesuatu.



"Apa yang kau buat dengan pisau tu, Zara?” Tanya Cikgu Suri sewaktu mereka berjalan meninggalkan blok A.



"Saja-saja cikgu. Tiada tujuan lain. Saya memang sayangkan pisau itu kerana pisau itulah satu-satunya kawan saya.” Jawab Zara. Jawapannya itu meninggalkan rasa kehairanan dalam diri Cikgu Suri. Kawan? Bisik hatinya.



"Ya, kawan. Cikgu kan tahu, di sekolah ni tiada seorang pun yang sudi berkawan dengan saya. Mereka kata, saya musuh ketat Lea dan mereka takut kalau ada apa-apa yang akan berlaku sekiranya berkawan dengan saya.” Zara menjawab persoalan Cikgu Suri.



"Zara, jangan berpandangan begitu. Mungkin ada insan yang sudi berkawan dengan kamu tapi dalangnya adalah Lea. Mustahil tiada insan yang menyukai kamu, Zara.”



Zara tersengih. Menyukai aku? Getusnya.



"Cikgu sendiri kan tahu, bagaimana perjalanan hidup saya di sekolah ini. Lain di rumah dan lain di sekolah. Hmm…tidak mengapalah cikgu, saya balik dulu. Nanti kalau lambat kena marah pula. Selamat petang cikgu!” Tanpa menunggu kata-kata daripada Cikgu Suri, Zara terus berlalu pergi, tanpa menyedari ada insan yang menitiskan air mata kerananya. Zara! Zara! Getus hati kecil Cikgu Suri.



Kepekatan malam yang disinari cahaya bulan sungguh indah, namun tidak seindah perjalanan hidup insan yang sedang menikmatinya. Zara menyapu air mata di pipinya. Air mata merupakan teman yang setia bersamanya ketika melayan hati duka.



"Zara!”



Zara terjaga daripada khayalannya. Suara ayahnya memecah suasana. Dia yakin, ayahnya tengah meradang. Marah kerana keputusan peperiksaannya pada semester pertama tidak memuaskan.. Zara keluar dari kamar dengan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Langkahnya mati di anah tangga terakhir. Berasa gerun menatap muka garang ayahnya yang bercekak pinggang memandang ke arahnya.



"Apa yang dah terjadi dengan kau ni? Kenapa keputusan peperiksaan merosot? Kau tak belajar Zara?”



Zara tunduk, tidak kuasa menatap raut wajah ayahnya.



"Di sekolah, bermasalah dengan orang. Bukannya nak bergaul, berkawan dengan orang lain. Kau ingat, kau boleh hidup sendirian dengan dunia kau sendiri? Kau tu lembap Zara, ingat tu!” Kata-kata itu mencengkam lubuk hatinya. Mengapa seorang ayah tidak pernah menyelam ke dasarnya? Kenapa hanya berenang di permukaan?



"Dahlah bodoh! Hidup asyik mengelamun.” Rungut ayahnya tanpa mengira perasaan Zara.



Zara membawa langkahnya menuju ke kamar semula.



"Zara, papa belum habis cakap lagi ni, Zara!” pekikan daripada ayahnya tidak dihiraukan. Pintu kamar dihempas dengan kuat.



"Kau jangan bersikap begitu Zara! Jangan biadap!’ suara itu sayup-sayup kedengaran. Zara mengeluh, sambil mengesat titisan-titisan hangat di pipinya. Air mata jatuh lagi. Namun….gedebuk! Zara yang menyandar pada daun pintu jatuh tersungkur apabila pintu kamar ditendang oleh ayahnya.



"Anak apa kau ni Zara. Aku belum habis cakap, kau dan pandai-pandai nak lari. Kalau kau nak tunjuk lawan, lawan aku sekarang. Jangan kau biadap dengan orang tua.”



Tubuh Zara diheret tanpa kasihan. Zara meratap tangis minta dilepaskan. Sungguh, dirinya tidak boleh salah laku, pasti ayahnya meradang. Esak tangisnya tidak mampu menggugat nafsu syaitan yang bersarang di hati ayahnya. Pap! Sekali lagi pipi kanan Zara ditampar.



"Abang, apa yang abang buat ni. Abang nak membunuh nyawa. Kalau abang tertekan dengan tugasan, jangan nak lepaskan pada Zara.” Muncul mamanya di depan pintu lalu memeluk Zara yang terjelupuk di kaki katil.



"Budak ni biadap! Anak yang kau didik ni tak masuk ajar!”



"Tekanan dalam jiwa abang tu, jangan nak menjadikan Zara sebagai mangsa. Kalau abang hendak mendidik dengan sempurna, bukan itu caranya.” Berlinangan kelopak mata mama Zara.



Zara sekadar mendiamkan diri. Sedu sedannya tidak lagi kedengaran. Matanya merah, memandang raut wajah ayahnya. Ada satu perasaan yang menyelinap, lalu meresap ke segenap hati, urat-urat saraf dan segala tulang temulangnya. Benci! Perasaan itu mula bermaharajalela di hatinya. Segala kesakitan tidak terasa kerana benci menguasai segala. Kenapa dengan kau Zara? Suara hatinya berbisik.



Zara meneruskan langkahnya menuju ke blok A. Di situ pembelajaran akan bermula. Namun, ke mana sahaja Zara, bisikan dan sorakan pelajar-pelajar lain pasti membingitkan suasana.



"Oi, Zara. Kalau aku jadi kau, dah lama dah aku tinggalkan sekolah. Takpun aku akan membalas dendam dengan segala perbuatan mereka yang memalukan aku.” Suara halus berbisik ke telinganya. Siapa itu? Zara tidak tahu. Zara melajukan langkahnya, namun langkah kakinya seakan payah hendak dipacu.



"Kau mesti bunuh mereka Zara. Jangan biarkan mereka hidup kerana selagi mereka hidup, kau takkan tenteram. Bunuh mereka Zara! Bunuh mereka Zara!” Suara itu semakin hampir berbisik ke telinganya, hasutan raja kegelapan.



"Bagaimana aku hendak membunuh mereka?” Bisik Zara, sekadar ingin tahu apakah jawapan daripada suara halus itu.



"Kau pintar, bukan bodoh. Gunakan kepintaran kau tu Zara. Kepintaran kau tu boleh mengalahkan sesiapa saja. Cepat, bunuh mereka!” Suara itu sayup-sayup lalu hilang entah ke mana. Zara memandang sekeliling, sepasang dua mata memandang ke arahnya. Aku peduli apa, kalau mereka kata aku gila, kerana sememangnya aku gila. Getus hatinya.



Waktu rehat. Zara mengambil keputusan tidak keluar. Dia hanya duduk termenung bermain-main dengan pisau belati yang disimpannya. Pisau itu diputar-putar dan dicucuk pada meja, bertubi-tubi sehingga meninggalkan kesan. Pandangan matanya tajam.



"Bunuh mereka Zara! Bunuh mereka!” Suara itu terngiang-ngiang di cuping telinganya.



"Tidak.” Sahutnya untuk diri sendiri.



"Zara.” Lagi-lagi namanya dipanggil. Pantas sahaja Zara berpaling.



"Dia lagi.” Getusnya dalam hati.



Benjamin menuju ke arahnya lalu duduk di sebelah Zara.



"Kau nak apa lagi?” Tegas suara Zara. Benjamin mengeluh apabila terpandang pisau belati yang tergenggam di tangan kanan Zara.



"Kenapa dengan pisau tu?” Tanya Benjamin sambil matanya tajam merenung pisau yang penuh kilat itu. Zara tersengih, tatkala memandang ke arah Benjamin.



"Untuk aku bunuh orang. Bagaimana rasanya ya, apabila ada manusia yang mati kerana kita. Aku nak bunuh kau Ben. Kau adalah punca segala masalah aku!” Zara mengacu pisau itu ke arah Benjamin. Matanya, tajam merenung ke arah Benjamin yang termangu.



"Kau biar betul Zara!” terketar-ketar suara Benjamin.



"Mengapa aku mahu bohong. Aku mahu bunuh mereka itu…ha…ha…ha….”Ujar Zara dengan ketawa yang terbahak-bahak. Benjamin kehairanan, melihat gelagat Zara, seperti kerasukan.



"Kau nak mati? Mereka mati atau aku yang mati?” Suara Zara kembali sendu. Mengapa dengan aku? Getusnya.



"Zara, apa kau buat di sini dengan Ben!” Lea tersembul di muka pintu. Benjamin kecut perut lantas berdiri menjauhi Zara yang masih duduk membelakangi Lea.



"Zara! Kau tak serik juga. Ikut aku.”



Tanpa usul periksa, Lea menarik tangan Zara meninggalkan tempat itu. Benjamin hanya memerhati dan dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku antara mereka.



Burr…! Bur…! Buih-buih air timbul kerana pernafasan Zara di dalam sinki yang dipenuhi air. Kepalanya diangkat lalu direndam semula ke dalam sinki yang melimpah dengan air. Tindakan Lea sudah keterlaluan. Zara hampir-hampir hilang pernafasan diperlakukan begitu.



"Kalau aku nak, aku dah bunuh kau saat ini juga Zara. Kau tidak tahu tahap kebencian aku. Kaulah satu-satunya manusia yang paling aku benci di dunia ni faham tak!”



Pap! Berdesing pili air menerima hentakan kuat daripada dahi Zara. Bukan sekali, malah bertubi-tubi Lea menghentakkan dahi Zara ke pili air. Air di dalam sinki bertukar warna menjadi merah. Lea melepaskan rasa bencinya di situ. Zara tercungap-cungap. Kesakitan itu sudah tidak terasa. Dia sudah lali dengan semua itu.



"Bunuh dia Zara! Bunuh dia!” Suara halus berbisik ke telinganya. Inilah waktu yang sesuai. Bunuh dia Zara!” Suara itu menghasut lagi. Zara mendongak, memandang Lea yang tersenyum puas.



"Bunuh dia!” Pantas sahaja Zara bertindak lalu menolak tubuh Lea ke dinding. Entah kuasa mana memberinya kekuatan lalu dihentaknya kepala Lea pada segi sinki. Diperlakukan juga Lea sepertimana Lea merendam kepalanya ke dalam sinki yang dipenuhi air.



"Beginilah rasanya, apabila aku diperlakukan oleh kau tadi. Aku pun boleh bunuh kau kalau aku nak. Tetapi aku tidak sebusuk kau yang suka berlagak.”



Lea tercungap-cungap menyedut udara. Matanya, galak memandang Zara yang berdiri di depannya. Wajah Zara yang dibaluti darah direnung dalam-dalam.



"Ini adalah tindakan aku yang pertama dan terakhir.” Ujar Zara lalu menghentakkan semula kepala Lea ke dinding. Darah bercucuran. Darah berbalas darah. Zara berlalu meninggalkan Lea yang lemah longlai si situ.



"Zara pembunuh!” Jerit salah seorang pelajar yang menyaksikan pergelutan itu tadi. Zara tidak menghiraukan jeritan lalu berlalu ke kelas dan menyimpan segala barangnya lalu mengatur langkah meninggalkan kawasan sekolah. Lagaknya menjadi perhatian dengan dirinya berlumuran darah.



"Zara!”



Laungan Cikgu Suri tidak dihiraukannya. Malah, laungan pengetua sekolah mereka juga tidak dihiraukan.



"Zara!” laung Benjamin yang mengatur langkah cuba mengejar Zara dari belakang. Laju sahaja Zara berlari meninggalkan kawasan sekolah.



Benjamin pula terus mengikuti jejak langkah Zara. Namun sayang sekali, bayangan Zara sudah tidak kelihatan lagi. Benjamin tercungap-cungap, rakus menyedut udara sambil menyandar pada pohon beringin.



"Ke mana Zara ni?” Keluhnya sambil melilau sekeliling mengharap dirinya ternampak kelibat Zara.



"Zara!”



Laungan nama itu seolah-olah hanyut dibawa arus angin tika itu. Geseran daun-daun kering yang berterbangan, menyahut laungan Benjamin. Agak lama Benjamin di situ mengharapkan Zara muncul kembali. Namun, Benjamin meninggalkan tempat itu dengan perasaan hampa. Selang lima minit Benjamin meninggalkan tempat itu, Zara tercegat berdiri di bawah pohon beringin yang rendang. Di bibirnya, terukir segaris senyuman. Bayangan Benjamin diperhatikan sehingga bayang itu hilang dari pandangan.



"Sampai ke hujung dunia sekalipun aku dicari, takkan terjumpa. Selamat tinggal semua.” Bisik Zara lalu berlari laju meninggalkan tempat itu. Air matanya bercucuran. Maafkan aku. Suara hatinya berbisik halus.



"Mama… papa… maafkan Zara, sekiranya ketiadaan Zara membuatkan kalian berdua bersusah hati. Zara tidak pernah pergi jauh, Zara sentiasa ada di rumah kita menemani papa dan mama. Zara memohon seribu satu kemaafan seandainya Zara menjadi anak yang tidak masuk ajar.

Papa…

Seringkali Zara merindui saat-saat Zara semasa kecil dahulu. Zara didukung, dimanja penuh kasih sayang. Tetapi, apabila Zara mula mengenali dunia, semua itu tiada lagi, yang ada maki hamun dan tamparan sayu yang Zara dapat. Zara anak lembap, orang bodoh, suka mengelamun dan tidak suka bergaul denga orang lain. Bukan itu yang Zara minta, tetapi mereka-mereka itulah yang menghuru-harakan hidup Zara. Maafkan Zara, papa. Maafkan Zara, kerana Zara pernah membenci papa. Tetapi, papa adalah wira Zara untuk selama-lamanya.

Mama…

Zara sudah terlalu penat dengan kehidupan Zara. Zara tidak larat lagi hendak melayan karenah mereka. Terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang Zara terima selama ini. Maafkan Zara. Jangan dicari kehilangan Zara dan janganlah ditindas insan selemah Zara. Kehilangan Zara bukan menagih simpati tetapi peringatan kepada dunia, supaya insan seperti Zara, diberi kasih sayang yang sempurna.

-MAYA ZARA-



Terketar-ketar tangan sasa ayah Zara ketika membaca surat terakhir daripada Zara. Air matanya jatuh berguguran menatapi ketiadaan Zara.



"Zara anak papa, pulanglah nak. Maafkan papa.”



Ucapan itu hanya didengar oleh ibu Zara. Zara tiada di situ untuk mendengar semuanya. Hati kecilnya, diselimuti sekalung keinsafan. Maafkan papa, anakku! Suara hati lelakinya berbisik.



Kehilangan Zara menjadi tanda tanya. Kehilangan yang tiada jawapan daripada sesiapapun. Satu dunia mencari sekalipun, takkan terjumpa. Di sekolah, hanya kebisuan dan kemurungan, mereka yang menghuru-harakan hidup Zara. Fikiran jauh menerawang mencari ketiadaan Zara. Ke mana Zara? Mereka diburu persoalan yang sama tanpa suara.



Benjamin termenung, berdiri di tingkat atas blok A. Merenung pohon beringin yang boleh dilihatnya dengan jelas berdiri teguh di lorong jalan yang dilalui oleh pelajar ketika pulang dari sekolah. Matanya jauh merenung pohon beringin seperti hari-hari selalunya, mengharapkan seseorang muncul di situ, memberi senyuman manis dan melambaikan tangan ke arahnya. Namun, seperti hari-hari yang lalu, angan-angannya hanya kosong. Semuanya dunia khayalan. Benjamin tunduk apabila dia merasakn matanya berair. Sudah berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan dia begitu, hilang dalam ingatan sendiri.



"Ben!” Bahunya ditepuk seseorang. Matanya merenung raut wajah insan yang dikasihi itu.



"Kau menangis Ben?”



Benjamin menggeleng, menafikan kata-kata daripada Lea.



"Terlalu kerap kau termenung dan murung, Ben. Hari-hari yang kau lalui seolah-olah tidak memberi makna. Ben, Zara yang hilang telah berlalu, tiada siapa yang tahu ke mana hilangnya Zara. Kita di sini harus meneruskan hidup seperti biasa dan berdoa, semoga Zara sentiasa selamat meskipun keadaannya tidak diketahui.” Ujar Lea panjang lebar, sambil menggenggam erat tangan Benjamin, mengharap insan itu mengerti.



"Selagi kehilangan Zara tidak berjawab, selagi itulah hati ini tidak pernah tenteram, Lea. Hidupkah Zara? Matikah Zara? Persoalan itu amat mengelirukan.” Terketar-ketar suara Benjamin menahan sebak.



Lea tunduk. Hatinya turut disayat sayu. Hatinya juga mengharapkan kepulangan Zara, menjawab persoalan demi persoalan. Sungguh hebat kau, Zara. Kau telah membuatkan semua orang menaruh harapan kepada kehilangan kau. Semua orang menaruh harapan, agar kau pulang segera sekiranya kau masih bernyawa. Sekiranya tidak bernyawa, semua orang juga mengharap kau ada keajaiban memberi petunjuk jalan memerobos jasad kau berada. Bisik hati kecil Lea. Penyesalan, dan keinsafan bertapak di jiwanya. Maafkan aku Zara. Getusnya dalam diam. Lea diam, tidak tahu hendak mententeramkan jiwa Benjamin kerana jiwanya sendiri tidak tenteram.



"Kita hanya mampu berserah, agar kita diberi petunjuk mencari kehilangan Zara. Bersabarlah Ben.”

Hanya itu kata-kata yang mampu Lea ucapkan.



Kedua-duanya menangis, sambil berpelukan melepaskan kesenduan tentang misteri kehilangan seorang teman. Air mata tidak mampu memberikan jawapan kepada persoalan.



Lorong itu sepi. Lorong yang dinamakan “Lorong Zara” mula lengang daripada laluan pelajar-pelajar yang selalu melalui lorong itu. Pohon beringin yang tumbuh rendang di situ sentiasa menggugurkan daun-daun kering lalu berterbangan dibawa sang bayu.



Benjamin melimpasi pohon itu. Namun tidak jauh dari situ, langkahnya dimatikan, daripada ekor matanya, dia yakin dia ternampak kelibat seseorang sedang mengumpulkan daun-daun kering. Pantas dia berpaling. Jantungnya berdegup kencang tatkala bayangan orang itu amat dikenalinya. Benjamin berlari mendapatkan orang itu, namun semakin dia menghampiri, bayang itu tiada, melainkan daun-daun kering yang ganas berterbangan dibawa arus sang bayu petang itu.



"Zara!” Laungnya tatkala bayang Zara hilang dari pandangan. Benjamin mengelilingi pohon beringin, namun Zara tetap juga tiada. Matanya tertumpu pada sesuatu yang tergantung pada pohon beringin itu. Matanya galak merenung, menyedarkan dirinya sendiri bahawa dia tidak bermimpi. Matanya dipejam celikkan.



"Jangan khuatir dengan kehilangan aku. Aku sentiasa ada bersama kalian semua. Cuma usah dicari dan ditangisi, ke mana aku menghilang. Kerana, sampai ke hujung dunia aku dicari, takkan terjumpa…”

-ZARA-



Nota yang bergantung dicucuk dengan pisau belati itu bertulisan darah. Kertas bercorak merah itu digenggam erat. Benjamin terduduk, meratapi nota itu berkali-kali. Air matanya bercucuran lalu merenung pohon beringin itu. Pandangannya kabur, dikaburi air mata yang bergenang. Benjamin mendongak, memandang pohon beringin yang tumbuh rendang. Tangisan dan esakannya bersahutan sesama sendiri dan deru hembusan sang bayu menerpa menerbangkan daun-daun kering dengan bunyi geseran daun itu yang seolah-olah mengalunkan nama Zara. Dedaun terus terbang ganas di bawa arus, terkumpul menjadi satu, dan Benjamin merangkak dengan sedu sedan menuju ke arah kelompok daun kering yang terkumpul. Dikuis-kuisnya daun-daun kering itu agar terus berterbangan, malah didakap longgokan dedaunan kering itu dengan titisan air mata melara.



"Zara tidak pernah menjauh. Zara sentiasa ada, cuma kalian yang tidak terjaga dengan kehadiran Zara. Zara sentiasa di sini, Ben.” Bisikan halus itu menerobos, menusuk ke cuping telinga Benjamin. Matanya melilau memandang sekeliling, tidak juga insan itu kelihatan. Tergopoh-gapah dia bangun, berlari ke sana-ke mari mencari kelibat Zara, namun tidak terjumpa. Benjamin jemu.



"Zaraaaa…….!!!!

 

Home