Page ini memaparkan semua memo umum sekolah.
Memo 2008
Date: 30/09/09
Memo dalaman - kalendar Oktober,
November dan Disember 2009
1. Disertakan kalendar tersebut supaya guru dapat merancang p&p dan
kegiatan.
2. Perhatian kepada Guru Tingkatan: untuk membolehkan sekolah mengurus
perjalanan PMR pada 07 - 13 Oktober, dan disebabkan kekurangan bilik
darjah, hanya pelajar Tingkatan tertentu sahaja yang diminta hadir ke
sekolah, seperti berikut:
07 - 09 Oktober: Sesi pagi - Tingkatan 6R dan 6A (12 kelas)
Sesi petang - Tingkatan 2 sahaja (14 kelas)
12 - 13 Oktober: Sesi pagi: Tingkatan 6R dan 6A (12 kelas)
Sesi petang - Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 (13 kelas)
3. Guru Tingkatan adalah diminta untuk memaklumkan keputusan ini kepada
pelajar masing-masing.
4. Sila ingatkan pelajar Tingkatan 5 supaya menggunakan 'cuti' ini untuk
membuat ulangkaji sebagai persediaan untuk menghadapi SPM. Sila beri
kerja yang munasabah kepada pelajar lain yang 'bercuti' supaya mereka
ada tugasan yang perlu dibuat semasa 'cuti' tersebut.
5. Sila rujuk kalendar tersebut dan maklumkan saya jika ada perubahan
atau tambahan yang perlu dimaklumkan kepada semua staf.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
Date: 28/09/09
Memo
dalaman - kelayakan pemberian elaun perumahan wilayah
1. JPA telah mengeluarkan surat "Kelayakan Pemberian Elaun Perumahan
Wilayah Kepada Pasangan Yang Membeli Rumah Dalam Stesen Pegawai
Berkhidmat Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan".
2. Berkuat kuasa 01.08.2009, kerajaan telah bersetuju agar peruntukan di
perenggan 6.7 di bawah pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001
dipinda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan
pegawai dengan pinjaman perumahan kerajaan di dalam stesen pegawai
berkhidmat adalah layak diberi Elaun Perumahan Wilayah.
3. Mana-mana pegawai yang berkenaan adalah diminta untuk memaklumkan KPT
dengan segera.
1. Kita telah memohon untuk mendapat cuti ganti pada 18.09.2009 (hari
Jumaat) sempena sambutan Hari Raya. Kita akan mengganti hari tersebut
pada hari Sabtu, 17.10.2009.
2. Sekolah akan bercuti bermula dari 18.09.09 hingga
27.09.09 dan akan dibuka semula pada 28.09.09.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua warga SMK Serian.
Date: 11/08/09
Memo
dalaman - urusan kenaikan pangkat PPPS dari Gred DG41 ke DG44 dan dari
Gred DG44 ke DG48 secara KUP thun 2010
2. Pegawai yang layak bolehlah memohon dengan mengisi borang-borang
berkenaan yang boleh dimuat turun. Tarikh tutup peringkat sekolah ialah
18.08.2009.
3. Ini adalah untuk membolehkan sekolah menyediakan dokumen-dokumen lain
yang berkaitan yang tidak terdapat pada calon.
4. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap dan tepat. Perlu diingatkan
bahawa borang tersebut akan menentukan calon berjaya atau tidak dalam
urusan kenaikan pangkat ini.
Date: 10/08/09
Jadual waktu semasa
Peperiksaan Percubaan PMR Negeri Sarawak
Salam sejahtera,
1. Sekolah telah diarahkan untuk mengadakan Peperiksaan Percubaan PMR
peringkat Negeri Sarawak pada 14.07.09 - 21.08.2009. Sekolah telah
diarahkan untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan oleh JPNS.
2. Untuk membolehkan kita mematuhi arahan tersebut, kita telah mengambil
keputusan supaya sesi petang sekarang menjadi sesi pagi dan sesi pagi
sekarang menjadi sesi petang untuk minggu tersebut (minggu 34 sahaja).
Pencalonan dah dibuka sekarang. Guru-guru yang
berminat untuk menjadi pengawas peperiksaan boleh melayari
editgrid dengan username masing2. Sila hantarkan username cikgu
kepada cikgu siva untuk didartarkan.pada file tersebut dalam
editgrid.
PK
Date: 21/03/09
Cuti
peristiwa 2009
1. PPD telah melulus cuti peristiwa 2009:
i. 28.01.2009 - sempena Tahun Baru Cina
ii. 13.04.2009 - sempena Easter Monday
iii. 23.09.2009 - sempena Hari Raya Aidil Fitri
iv. 02.11.2009 - sempena All Soul's Day
2. Sila update kalendar masing-masing.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
Date: 21/03/09
Pameran Karnival Pengajian Tinggi
Negara
1. KPT dan KPM akan mengadakan program pameran Karnival Tinggi
Negara di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 28 - 29.03.2009.
2. Kita akan mengatur pelajar kita untuk melawat pameran
tersebut pada jam 1030 - 1230, 29.03.2009. Lawatan tersebut akan
diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Selain koster
sekolah, JPN telah mengatur bas Politeknik untuk membawa pelajar
kita.
3. Guru juga boleh mengambil peluang untuk melawat pameran ini.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
Pengetua
Date: 21/03/09
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/2009: Kemasukan kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa
dokumen ke sekolah
1. KPM telah mengeluarkan surat pekeliling untuk memaklumkan
sekolah supaya menerima bersekolah anak-anak warganegara
Malaysia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, dengan
syarat berikut:
i. mana-mana salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah
warganegara Malaysia, dan
ii. surat pengesahan atau surat perakuan Ketua Kampung
mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak kepada
warganegara Malaysia.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
Date: 11/03/09
Pertandingan
mencipta lagu sempena Hari Guru 2009
1. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum KPM sedang mengelolakan
pertandingan mencipta lagu sempena Hari Guru 2009.
2. Tarikh tutup ialah 14.03.2009.
3. Syarat pertandinagn boleh diperolehi dalam fail Hari Guru pejabat.
Pengetua
Date: 11/3/09
Anjakan
gaji kepada pegawai yang melepasi tahap kompetensi / lulis PTK tahun
2008
1.
Mana-mana anggota yang lulus PTK TK1 dan TK2 tahun 2008
adalah diminta untuk menyerah dokumen berikut kepada En. Albert
Jeroma:
i. slip keputusan PTK
ii. surat lantikan pertama
iii. salinan sijil lulus kursus kenegaraan (jika berkenaan).
2. Dokumen tersebut akan digunakan untuk menguruskan anjakan gaji
tahun 2009.
3. Tarikh tutup penyerahan peringkat sekolah ialah .
4. Kegagalan anggota untuk menyerahkan dokumen akan menyebabkan
urusan anjakan gaji anggota tidak dipertimbangkan.
5. Jika anggota telah menyerahkan dokumen kepada En. Albert Jeroma
sebelum ini, anggota tidak perlu menyerahkannya lagi. Urusan anjakan
gaji masih dengan PPD Samarahan. Sekiranya masih musykil, sila tanya
En. Albert Jerome.
Pengetua
Date:4/3/09
Permohonan
pertukaran guru dalam negeri (antara bahagian di negeri Sarawak)
1. Permohonan pertukaran guru dalam negeri (dalam
bahagian / antara bahagian) sedang dibuka.
2. Sila gunakan borang JPN-PG(Pind.1/2003). Sila dapatkan
borang daripada En. Albert Jerome di pejabat sekolah.
3. Borang permohonan diisi dalam 1 salinan sahaja (akan difotostat
kemudian oleh pejabat). Sertakan 1 salinan dokumen seperti yang
dikehendaki.
4. Tarik tutup permohonan peringkat sekolah:
i. untuk pertukaran bulan Jun ialah 10 April 2009.
ii. untuk pertukaran akhir tahun ialah 20 Julai 2009
Tuan Pengetua
Date:4/3/09
Permohonan
pertukaran guru terlatih antara negeri
1. Permohonan pertukaran guru antara negeri akan
dibuka:
i. pertukaran pertengahan tahun: 1 - 30 April 2009
ii. pertukaran awal tahun 2010: 1 - 30 September 2009
4. Sila cetak permohonan dan serahkan kepada saya berserta dokumen
lengkap seperti dikehendaki untuk tindakan seterusnya.
5. Sila serahkan permohonan dan dokumen tersebut kepada saya sebelum
20.04.2009 atau 20.09.2009 (mengikut tarikh perpindahan dikehendaki).
Pengetua
Date: 4/3/09
Permohonan
cuti belajar separuh gaji tanpa biasiswa (CBSGTB) bagi PPPLD Gred
DGA 29
1. Permohonan cuti belajar separuh gaji tanpa
biasiswa (CBSGTB) bagi PPPLD Gred DGA 29 di bawah program saluran
kedua / UPU ambilan 2009 boleh dirujuk di
www.moe.gov.my
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
"You don't win by solving problem but by seizing opportunity" - John
Nisbit
"Identifying a problem creates the opportunity for creating a
solution" - Robert T. Kiyosaki
Date: 4/3/09
Permohonan
cuti belajar tanpa gaji (CBTG) bagi PPP
1. Mulai 2009, semua PPP yang sedang berkhidmat dan
ingin menyambung pengajian dengan kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji
(CBTG) hendaklah mendapat kelulusan daripada Bahagian Tajaan
Pendidikan (BT) terlebih dahulu sebelum meninggalkan tempat bertugas.
Ini adalah untuk mengelakkan PPP meninggalkan tempat bertugas tanpa
mendapat kelulusan CNTG yang mana boleh menjejaskan perkhidmatan
seperti putus perkhidmatan, serta mengelakkan berlakunya lebihan
bayaran gaji. Pegawai yang meninggalkan tempat bertugas tanpa
kelulusan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"You don't win by solving problem but by seizing opportunity" - John
Nisbit
"Identifying a problem creates the opportunity for creating a
solution" - Robert T. Kiyosaki
Date: 3/3/09
Pengumuman Daripada J/Kuasa
Staf 2009 : Penghargaan/jemputan jamuan makan bersama
a. Berikut adalah senarai nama guru sesi pagi dan petang yang
mendapat Anugerah Meja Kemas & Bersih
Tahniah diucapkan daripada pihak pengurusan sekolah serta Jawatankuasa
Staf SMKSS 2009.
1. Cikgu Bujang Saili
2. Cikgu Asiyah bt Hasan
3. Cikgu Zurina bt Baharom
4. Cikgu Satifah bt Hamdan
5. Cikgu Kusairi bt Jawawi
6. Cikgu Fatimatul Zakiah
7. Cikgu Habibah bt Rosli
8. Cikgu Hadijah bt Mohd.
b. Jemputan Makan Bersama / Kong Xi Fa Cai
Tarikh : 5hb MAC 2009
Masa : 11.00 - 1.00 ptg
Tempat : Pusat Akses
SEMUA STAF
DIJEMPUT HADIR
Juana Patrick
Ketua Bilik Guru SMK
Serian
Date:
27-02-09
SPBT dan perpindahan murid
1. Bahagian Buku Teks, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan pekeliling yang membenarkan
pelajar yang pindah untuk membawa buku teks dari sekolah asal ke
sekolah baru bersama mereka (yang melibatkan zon pengedaran /
penggunaan yang sama).
2. Dengan ini, guru tingkatan adalah diminta untuk mengemaskini
rekod peminjaman SBPT apabila ada pelajar dalam kelas yang pindah
keluar atau masuk.
Thank you. Wishing you a
prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
"You don't win by solving problem but by seizing opportunity" - John
Nisbit
"Identifying a problem creates the opportunity for creating a
solution" - Robert T. Kiyosaki
Date:
20-02-09
TAHNIAH kepada ...
1. Cikgu Goh Yiaw Boong, dan
2. Cikgu Johnny Bong Soon Khiong
... kerana minggu ini mendapat cahaya mata. Saya doakan semoga
isteri masing-masing sempat sembuh dan si comel baru dalam keadaan
sihat walafiat.
3. Sila drop a line untuk mengucap tahniah kepada mereka.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
Date:
18-02-09
Tiket
peperiksaan PTK sesi 1 (Mac) 2009
1. Bagi calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan
PTK Sesi 1 (Mac) 2009, sila dapatkan tiket peperiksaan PTK mulai
Isnin, 23.02.2009 di pejabat sekolah.
2. Perlu diingatkan bahawa bagi calon yang telah mendaftar untuk
peperiksaan PTK Sesi Ogos 2008, tetapi gagal menghadiri
peperiksaan PTK tanpa mengemukakan alasan yang munasabah mahupun
tidak mengemukakan surat penarikan diri sebelum atau pada tarikh
yang telah ditetapkan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia akan
dikenakan sekatan satu urusan peperiksaan PTK.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
MESYUARAT PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN
BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2009.
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kita telah diberi kepercayaan
oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Samarahan untuk mengelolakan
perkhemahan tersebut.
2. Justeru, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat pertama
jawatankuasa kerja ini pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut.
Tarikh:18 Februari 2009
Masa:2.30 petang
Tempat :Pusat Akses, SMK Serian
3. Kehadiran anda semua amtlah digalakkan dan segala kerjasama yang
diberikan amatlah dihargai.
Students are NOT encouraged to use their own
vehicles because any LOSS or DAMAGE incurred will be at their own
expense
Thank you very much and God Bless
Gladdy Peter
PKHEM
Hj. NoorAzman
PKPetang
Date 16-02-09
Memo dalaman - AJK 2009
Salam sejahtera,
1. Disertakan AJK Pengurusan Sekolah dan AJK Kurikulum Sekolah untuk
makluman semua guru.
2. Keahlian AJK akan dikaji dari masa kes semasa. Jika ada AJK baru
yang perlu ditubuhkan, akan ada AJK yang berubah. Walau bagaimanapun,
kita berusaha memastikan bahawa Pengerusi AJK tidak berubah.
3. Jika da sebarang perubahan, guru-guru akan dimaklumkan lagi.
4.Jika guru ada maklum balas seperti ketiadaan nama, sila maklumkan
Penolong Kanan 1 atau saya.
5. Dengan ini Pengerusi AJK adalah diminta untuk mengadakan
mesyuarat dan merancang aktiviti tahunan AJK. Sebarang mesyuarat
hendaklah diminitkan dan sesalinan dimasukkan ke dalam fail rasmi
sekolah. Sila hantar soft copy minit mesyuarat (melalui e-mail)
kepada saya dan semua Penolong Kanan, Guru Kanan dan ahli dalam AJK.
6. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, AJK dan Panitia adalah
diminta untuk mewujudkan blog masing-masing untuk menyimpan dan
berkongsi maklumat dalam AJK / Panitia atau dengan AJK / Panitia
lain.
1. Saya ditanya tentang jadual peperiksaan bulanan. Terima kasih
atas soalan yang memberi peluang kepada saya untuk menerangkan
perkara begini kepada semua guru.
2. Ada dua jenis peperiksaan yang boleh dilaksanakan oleh seseorang
guru:
i. peperiksaan formatif - boleh dilakukan pada bila-bila masa.
ii. peperiksaan sumatif - yang berformat dan berjadual, biasanya
pada penghujung sesuatu pelajaran / semester / tahun. Sila rujuk
juga http://en.wikipedia.org/wiki/Summative dan http://en.wikipedia.org/wiki/Assessment#Formative_and_summative
3. Untuk mendapat feedback awal, seseorang guru boleh mengadakan
ujian formatif - sama ada pelajar memahami sesuatu perkara / tajuk
yang telah diajar pada sesuatu julat masa tertentu.
4. Saya mencadangkan supaya proses ujian formatif dijalankan
mengikut budi bicara guru (tidak mengikut jadual tertentu, misalnya
selepas sesuatu tajuk diajar). Keputusan itu perlulah direkodkan
supaya guru itu dapat melihat perkembangan / pencapaian seseorang
pelajar. Ini boleh menjadi petunjuk / vital sign untuk membantu guru
mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
5. Prinsip "what get measured get improved" adalah releven.
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
Date: 8 Feb 2009
Memo dalaman - blog RPH
1. Saya telah menyemak beberapa blog RPH.
2. Ada beberapa blog yang boleh menjadi contoh. Antara cirinya ialah:
i. kemas dan teratur
ii. memasukkan rancangan tahunan
iii. RPH dimasukkan ke dalam arkib mengikut minggu
iv. ruangkan untuk menulis RPH yang luas
v. RPH diatur dalam table.
3. Sebagai contoh, sila lawati blog Cikgu Asiyah Hassan:
http://rph-asiyah2009.blogspot.com/
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
"Ideas have a short shelf life - that's why we must act
before the expiration date."
--Andrew Carnegie
"The person who really wants to do something finds a way; the other
finds an excuse."
--Sir John Marks Templeton
HJ RAMBLI ZAINUDIN
Date 06 Feb 2009
Mesyuarat AJK PPSMI Bil.1/4 Tahun 2009
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dijemput tuan/puan/cik untuk menghadiri mesyuarat di
atas yang akan diadakan seperti berikut :
Hari: Selasa
Tarikh : 10 Feb 2009
Masa : 2.30 p.m
Tempat : Perpustakaan SMK Serian
3. Agenda Mesyuarat :
3.1 Kata-kata aluan Pengerusi
3.2 Laporan Strategi Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan PPSMI 2009
oleh setiap penyelaras strategi
3.3 Peralatan & TC
3.4 Hal-hal Lain
3. Kehadiran semua adalah penting.
Bong N.Y
Date : 06 Feb 2009
Mesyaurat bersama Tuan Pengetua pada Hari Rabu (11hb Feb 2009)
Masa = 1240 - 2.00 petang
Kedatangan Tuan / Puan wajib.
Cikgu Shamsinariah, sila pastikan senarai guru berikut dimaklumkan.
Terima kasih.
Jawatankuasa ICT Sekolah
1. Mesyuarat 4 kali setahun
2. Memastikan blog sekolah sentiasa terkini
3. Membantu dalam pemanduan ICT sekolah
4. Melaksanakan program-program dalam meningkatkan ICT guru
PengerusiEn Yeo Kee Hui
TimbalanEn Sivaneswaran
SetiausahaCik Shamsinariah
AhliCik Nur Baiti Bt HadCik Norfatihah Bt Idris
En Lai Soon PhinPn Yang
En Chai Khuan FenEn Johnny Dondong
Cik Chong Lee KhimPn Hadijah Mohamad
Mohd Harris MuhibbinCik Chung Ling Ling
En Norman IsmadiPn Lee Siew Nyuk
Cik Siti Ana Bt HamdanCik Chong Ngee Moi
En Johnny BongCik Azaliza Mat Akahir
En KH Yeo
Date : 30 Jan 2009
Memo dalaman - minit mesyuarat kurikulum
1/2009
Salam sejahtera,
1. Disertakan minit mesyuarat tersebut.
2. Jika guru-guru ada reaksi / maklumat tambahan, sila e-mail kepad
saya.
1. Saya dan keluarga mengucapkan Kong Xi Fa Chai kepada semua staf
yang merayakannya.
2. Saya doakan semoga tahun lembu ini membawa banyak perubahan
kepada daya fikir kita. Rupanya, banyak tindakan kita akan berubah
apabila pemikiran kita berubah. In termasuk kesanggupan kita untuk
keluar daripada confort zone kita.
3. Kita sentiasa mengharapkan kejayaan dalam hidup. "Success can be
incredibly elusive or it can come in abundance with the right
mind-set and know-how." (in, Having It All, Achieving Your Life's
Goals and Dream, by John Assaraf).
--
Thank you. Wishing you a prosperous day.
HJ RAMBLI ZAINUDIN
Date:24 Jan 2009
urusan naik pangkat DG41 ke DG44 time-based KUP
Salam sejahtera,
1. KPM akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS DG41 ke DG44
secara time-based KUP bagi PPPLD yang telah dilantik sebagai PPPS
DG41. Ini mengambil kira setiap 3 tahun pengalaman di PPPLD DGA29,
DGA32, DGA34 dan DGA38 sebagai 1 tahun pengalaman di Gred DG41. Had
maksima pengalaman ini ialah 9 tahun di PPPLD.
2. Bagi urusan kali ini, pegawai yang akan dipertimbangkan adalah
mereka yang telah dilantik ke PPPS DG41 sekurang-kurangnya 7 tahun
pada 01.01.2009.
3. Tempoh genap untuk urusan naik pangkat time-based ialah 10 tahun.
4. Bagi PPPS DG41 yang layak, sila e-mail dahulu maklumat berikut
kepada saya (dokumen boleh diberikan kemudian kepada Cik Jamina):
i. Nama dan no KP (kemukakan salinan KP) =
ii. Tarikh lantikan PPPLD DGA29 (kemukakan salinan surat) =
ii. Tarikh lantikan PPPS DG41 (kemukakan salinan surat) =
iii. Tarikh sah jawatan PPPS DG41 (kemukakan salinan surat) =
iv. Tempoh pengalaman sebagai PPPLD = 1 / 2 / 3 tahun
v. Ruj. surat kelulusan pengisytiharan harta dan tarikh surat (kemukakan
salinan surat) =
vi. Keputusan PTK semasa DG41, aras dan tarikh lulus (kemukakan
salinan keputusan) =
5. Kemukakan juga (gunakan borang dalam attached file):
i. Lampiran T1 - butir-butir calon untuk tapisan keutuhan
ii. Surat akuan pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan
6. Tarikh akhir peringkat sekolah ialah 15.01.2009.
1. Saya akan memberi taklimat kepada guru pada waktu rehat esok,
23.01.2009 (ikut waktu rehat sesi pagi / petang).
Pengetua
Date:22 Jan 2009
e-mail guru
Salam sejahtera,
1. Kandungan contacts / direktori saya telah dengan tidak sengaja
terhapus pada 19.01.2009. Saya telah membuat contacts / direktori yang
baru.
2. Mungkin ada guru yang e-mail sudah bertukar. Sila maklumkan saya.
3. Setelah menyemak contacts / directori, didapati ada beberapa orang
guru yang tidak empunyai e-mail. Mohon Cikgu Siva untuk membantu
guru-guru tersebut membuat e-mail tersebut:
3.1. Adrick Achang
3.2. George Narui ak. Lujek
3.3. Liew Liuk Chiung
3.4. Mohd Daud b Dan
3.5. Mohamad Acil b. Norrlatep (GSTT)
3.6. Billy Laja Dickson (GSTT)
3.7. Claudine Annabella (Guru Ganti)
3.8. Kenneth Jampang (Guru Ganti)
Pengetua
Date:22 Jan 2009
Tawaran opsyen semula kepada anggota yang telah
memilih KWSP
Salam sejahtera,
1. Melalui Pekeliling Perkhidmatan, kerajaan telah memutuskan untuk
melaksanakan pemberian opsyen semula kepada anggota tetap sektor awam
yang telah memilih KWSP.
2. Anggota berkenaan boleh memilih skim pencen ATAU kekal di bawah skim
KWSP.
3. Pegawai di bawah skim KWSP: sila berjumpa dengan Cik Jamina untuk
menandatangani borang opsyen.