Encik Jacob V. Sebastian mengambil alih tapuk pentadbiran.
Bilangan pelajar meningkat kepada 550 orang.
SMK Serian dinaikkan menjadi sekolah menengah atas.
Kumpulan perintis menduduki Senior Cambridge Examination.
1969
Rev. Father James Heery menjadi Guru Besar yang keempat.
Tiga lagi blok darjah dibina.
Lawatan rasmi TYT Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Gabenor
Sarawak sempena Ulang Tahun Ke–5 SMK Serian.
1970
Pelajar–pelajar Senior Cambridge buat julung kalinya memasuki
Tingkatan 6 Rendah di Kolej Tanjong Lubang / Kolej Tuanku Haji Bujang,
Miri dan SMB St. Thomas, Kuching.
1971
Encik Jacob V. Sebastian sekali lagi menjadi Guru Besar.
Bilangan pelajar meningkat kepada 595 orang.
Blok kelas konkrit 2 tingkat dibina untuk menampung bilangan pelajar
yang bertambah, 2 buah asrama 2 tingkat serta beberapa buah rumah guru
turut dibina.