1992-1994
1992-1994
1992
- Blok kelas baru mula digunakan. 2 blok kelas dan 1 blok makmal sains
dirobohkan untuk tapak Dewan Serbaguna, blok makmal Sains dan surau. 1
blok kelas lama diubahsuaikan untuk bengkel KHB/KMT. Berek guru mula
dibina.
- Nama–nama asrama ditukarkan kepada nama–nama bunga (asrama perempuan)
dan burung (asrama lelaki).
- Seramai 24 orang pelajar dalam arena sukan telah berjaya dipilih
untuk mewakili Bahagian dan Negeri Sarawak dalam Kejohanan–kejohanan MSS
Sarawak / Malaysia Olahraga, Bola Sepak (FAM / MILO / YAYASAN), Bola
Kerajang (Remaja Kebangsaan / Antara Bahagian), Bola Jaring (SUKMA) dan
Tenis (MSS Sarawak / Malaysia).
- 15 Jun 1992 – Buat julung-julung kalinya seorang pengetua bersara di
SMK Serian.
- Satu majlis besar–besaran diadakan untuk Puan Hajah Rohani bt Hj.
Munir (AMM, PPB, ABS). Biodata Puan Hajah dirakamkan dalam Majalah
Berdikari Edisi 27.
- Jun 1992 – Penolong Kanan 1 , Encik Tan Ek Tee dan Penyelia Petang,
Drs Ibrahim Shah juga turut meninggalkan SMK Serian. Masing–masing
ditukar ke sekolah lain.
- 19 Jun 1992 – Encik Zulwali Kifli Merawi mengambil alih tugas
sebagai Pemangku Pengetua.


1993
- Bilangan guru meningkat kepada 106 orang dengan 2256 orang pelajar.
- Logo PIBG dan Lagu Sekolah (Anak SMK Serian) dicipta.
- Motto sekolah diubahsuaikan daripada ‘Belajar, Berkhidmat,
Berkongsi' kepada 'Berilmu, Beriman, Berbakti'.
- Tahun yang cukup gemilang bagi SMKS dalam arena sukan dan
Ko–Kurikulum lain. Ramai pelajar dipilih untuk mewakili MSS Bahagian /
MSSM / Bahagian / Negeri di pertandingan anjuran MSSS / MSSM, persatuan
negeri dan kebangsaan.
- 19 Feb 1993 – Lawatan rombongan Penolong Pengarah dan Pegawai
Pendidikan seluruh Malaysia.
- 17 Mei 1993 – Lawatan rombongan Pengetua dan Pegawai JPN Terengganu.
- 24 Julai 1993 – Bekas pelajar ‘Senior Cambridge’ pertama SMK Serian,
Y.B. Encik Richard Riot, Ahli Parlimen P160 merasmikan Kejohanan Sekolah
Ke – 28 di Kompleks Sukan Serian.
- 9 Ogos 1993 – Dewan Serbaguna diberi nama Dewan Sri Sadong, mula
digunakan untuk Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah.
- Disember 1993 – Flet guru baru dan asrama lelaki didiami. Surau baru
digunakan.
1994
- Bilangan guru 112 orang, pelajar 2094 orang dan kakitangan bukan
akademik 27 orang.
- 15 Jan 1994 – Malam Silaturahim bekas pelajar dan guru SMK Serian
anjuran PIBG sempena sambutan Ulang Tahun Ke – 30. Dirasmikan oleh Y.B.
Dr Patau Rubis, Menteri Kewangan Dan Kemudahan Awam. 5 orang bekas
pengetua turut hadir.
- 24 Jan 1994 – Encik Zulwali Kifli meninggalkan SMKS untuk
melanjutkan pelajarannya di United Kingdom.
- 3 Mac 1994 – Encik Haili Bin Dolhan melaporkan diri untuk bertugas
sebagai Pengetua SMKS ke – 10.
- 4 April 1994 – Menerima cek berjumlah RM20,000.00 dari Tabung
Projek–projek Kecil Luar Bandar dan dikreditkan ke Tabung Amanah Riadah
SMK Serian untuk tujuan pembelian computer.
- 23 Julai 1994 – Lawatan rombongan Pengarah dan Pegawai JPN Pahang.
- 4 Ogos 1994 – Lawatan Kontingen Permainan Perbatasan Malaysia /
Indonesia.
- Dinding kayu Bengkel KHB / KMT, Jimnasium dan Koperasi ditukar
kepada dinding konkrit.
- 19 Okt 1994 – Perayaan Ulang Tahun Ke – 30 dan Hari Terbuka SMK
Serian.
- Disember 1994 – Makmal baru (Makmal kimia, Makmal biologi, Makmal
fizik dan Bilik ERT) mula digunakan. Makmal Sains (Projek Kilat) diubah
menjadi Bilik Matematik dan Bilik Bahasa Inggeris (English Language
Resource Room).
- 16 Dis 1994 – Lawatan Penyelarasan Projek Penyelenggaraan Khas oleh
En. Abdillah Adam (KPP) dan En. Dingih Kihong (PP) dari Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak.
- Dinding pembahagi Bilik Matematik dan Bilik APD di Blok C dirobohkan
untuk memperbesarkan bilik guru.

