2001
2001
- Bilangan staf akademik 126 orang, staf sokongan 31 orang dan pelajar
2768 orang.
- Pelajar Cemerlang dalam Peperiksaan Awam 2001 :
PMR – Nur Amalina Bt Mohd Amin (8As), Liu Wan Ping (8As), Noor
Affizah Bt Bujang Saili (7As, 1B), Pang Jia Lin ( 7As,1B) & 6 orang
dengan 6As.
SPM – Bob Klajo Ak Edmund John (6A1,1A2,1B3,1B4), Liew Nyuk Hsia
(4A1,4A2, 2B3), Tsai Chun Kai (2A1, 5A2, 2B3, 1B4), Gabriel Ak Nuren (
2A1, 5A2, 2B4), Chai Cheon Ghim (3A1, 1B2, 2B3, 2C5).
STPM – Then Pet Jun (3As1C) & Patemah Bt. Bujang (2As, 1B, 1D).
MUET – Magdalen Bong Chui Nyuk (Band 5).
- Majalah Berdikari 2001 memenangi Tempat Ke–2 (Kategori Bahasa Melayu
Keseluruhan) dalam Pertandingan “Hadiah Penulisan & Penerbitan Majalah
Sekolah–Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2001”, anjuran Dewan Bahasa &
Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak. Hadiah: RM1500.00 & Plaque.
- 21 Mac 2001 – Kelab Pencegahan Jenayah SMK Serian ditubuhkan dan
dirasmikan oleh Chief Inspektor Mohd Zaini B. Mat Zin, Ketua Bahagian
Siasatan Jenayah Daerah Serian.
- 28 Mac 2001 – Ceramah Agama Maal Hijrah diadakan di SMK Serian
bertujuan membiasakan pelajar Islam dengan hari – hari kebesaran Islam
di samping memenuhi aktiviti persatuan, seramai 200 orang pelajar Islam
menghadiri ceramah ini dan penceramah ialah Ustaz Azmi Bin Sya’ri dari
Kuching.
- 15–16 Mac 2001 – Kejohanan Sukan Tahunan SMKS dirasmikan oleh Y.B.
En. Michael Manyin, Menteri Muda Kewangan dan Kemudahan Awam.
- April 2001 – Buat kali pertama Unit Bahasa SMKS yang diketuai oleh
En. Gladdy Legan, Guru Kanan Unit Bahasa, telah mengadakan aktiviti
Bulan Bahasa dan Budaya yang bertemakan “Bahasa & Budaya Teras
JatiDiri”. Pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Pidato, Bahas, Forum,
Berbalas pantun, Drama, Kuiz Kenegaraan bercerita dan lain–lain diadakan
sepanjang bulan tersebut. Upacara penutupan dirasmikan oleh En. Stephen
Naidi Gadung, Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
- 2 April 2001 – SMK Serian berjaya menganjurkan Majlis Tadarus
Al–Quran untuk sekolah–sekolah rendah dan menengah Peringkat Bahagian
Kuching / Semarahan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dr. Hj. Julaihi Bin
Hj. Bujang, Pegawai Pendidikan Bahagian Kuching/Semarahan.
- 17–20 April 2001 – Dalam Kejohanan Olahraga MSS Sarawak yang
berlangsung di Miri, atlit–atlit SMK Serian khasnya Liew Chen Siong, Lee
Hon Boon, Junria Rut, Miskan Jomi, Jong Ting Kai dan Carol Akup telah
membawa balik 4 Pingat Emas, 6 Pingat Perak dan 8 Gangsa. Dengan
keputusan yang membanggakan ini, Lee Hon Boon, Liew Chen Siong dan Jong
Ting Kai telah dipilih untuk mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan
Olahraga MSSM Ke – 43 di Selangor. Liew Chen Siong memenangi satu pingat
dalam acara lontar peluru (Lelaki A), Jong Ting Kai memenangi 1 pingat
emas ( Mencipta Rekod Kebangsaan) dalam acara lontar peluru (Lelaki B)
dan Lee Hon Boon pula mendapat satu gangsa dalam acara 110M Lari
Berpagar.
- 9–14 Julai 2001 – Jong Ting Kai memenangi Pingat Perak dalam acara
melontar peluru dalam Kejohanan WALAA / MSSM / SSSC Track & Field
International Meet di Singapura.
- 30–31 Ogos 2001 – Liew Chen Siong pula memenangi Tempat Ke–2 dalam
acara melontar peluru juga dalam Kejohanan ASEAN School Track & Field
Championship yang berlangsung di Bangkok, Negeri Thailand.
- 22–27 Julai 2001 – Seramai 8 ahli Kadet Bomba & Penyelamat SMK
Serian terpilih untuk menyertai Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat
Peringkat Kebangsaan Ke–12 di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
- Ogos 2001 – Bilik Kebal baru yang bersebelahan dengan Blok B mula
beroperasi dengan Peperiksaan UPSR. Bilik Kebal lama diambilalih oleh
sekolah untuk digunakan sebagai stor kertas cetakan.
- 3–9 Sept 2001 – Prostarian SMK Serian ke Konvensyen PROSTAR
Peringkat Kebangsaan di Cameron Highland, Pahang.
- Oktober 2001 – Pengetua SMK Serian Pn. Juita Bt. Senawi,
meninggalkan SMK Serian untuk melanjutkan pelajaran di UKM. En Milon Ak
Sayeng selaku PK 1 SMK Serian menjalankan tugas Pengetua juga.
- 1 Nov 2001 – Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah SMK Serian 2001
dirasmikan oleh En. Stephen Naidi Gadug, Pegawai Pendidikan Daerah
Serian.
- 7 Dis 2001 – Menerima sebuah bas sekolah dari JPN dan bas Shed
dibina bersebelahan dengan surau sekolah.